| Mereka yang dibenarkan adalah:-
a) Pesuruhjaya Sumpah
b) Polis
c) Peguam
d) Doktor
e) Wakil Syarikat (Eksekutif dan ke atas)
f) Majikan
g) Penghulu
h) Pengurus Agensi
i) Agen
j) Pegawai Kanan Kerajaan (Tahap 1)
k) Kakitangan Etiqa di Ibu Pejabat (Eksekutif dan ke atas)
2. Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh boleh mempertikaikan?
Ia adalah tempoh di mana pihak insurans boleh mempertikaikan kesahihan sesuatu polisi berhubung dengan penyimpanan maklumat yang penting, ketidaktepatan polisi disebabkan kepalsuan (fraud) atau pernyataan-pernyataan yang mengelirukan semasa permohonan.
3. Adakah saya perlu mengemukakan laporan perubatan bagi bayaran tahun kedua di bawah tuntutan Hilang Upaya Kekal?
Ya. kerana laporan tersebut diperlukan bagi membuktikan bahawa keadaan keilatan peserta adalah kekal. Ini kerana pihak Syarikat mempunyai hak untuk memberhentikan sebarang ansuran lanjut sekiranya pemegang polisi didapati tidak lagi mengalami keilatan.
4. Saya telah mengemukakan tuntutan Hilang Upaya Kekal kepada pihak Etiqa. Adakah saya perlu meneruskan dengan pembayaran premium saya bagi bulan yang akan datang?
Ya, kami menggalakkan pembayaran premium dibuat sehinggalah tuntutan tersebut diluluskan. Seandainya terdapat sebarang lebihan premium selepas tuntutan diluluskan, pihak Etiqa akan memulangkannya kepada tuan.
5. Mengapakah pihak insurans memohon Surat Kuasa Mentadbir dari pihak penuntut?
Apabila seseorang pemegang polisi meninggal dunia tanpa membuat sebarang penamaan, Grant of Probate atau Surat Kuasa Mentadbir or Pembahagian Harta Pusaka (Distribution Order) adalah diperlukan bagi membolehkan pembahagian dibuat ke atas wang polisi tersebut.
6. Di manakah saya boleh mendapatkan borang tuntutan?
Borang tuntutan boleh diperolehi dari mana-mana cawangan atau kaunter Khidmat Pelanggan Etiqa. Tuan boleh menghubungi agen atau Bahagian Khidmat Pelanggan kami dt talian 1-300-13-8888 untuk sebarang bantuan.
Soalan no. 7 sehingga no. 10 adalah untuk pemegang kad Medijaring sahaja.
7. Bagaimanakah saya boleh mengenal pasti klinik panel di bawah Medijaring?
Tuan boleh mendapatkan senarai klinik panel di bawah Medijaring dengan melayari laman web mereka di www.medijaring.com.my, dan klik di ‘medical panels’. Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nama, poskod ataupun negeri.
Selain daripada itu, tuan juga boleh menghubungi Medijaring di talian 1-300-88-6334.
8. Bolehkah saya mendapatkan rawatan sekiranya saya tidak membawa kad Medijaring saya?
Ya, sila maklumkan kepada pihak hospital / klinik bahawa tuan adalah ahli di bawah kad Medijaring dan pemegang polisi Etiqa Insurans & Takaful.
Nota: Tuan akan dikehendaki untuk memberi kad pengenalan kepada panel kami bagi tujuan pengesahan.
9. Bolehkah saya membuat tuntutan, sekiranya saya dimasukkan ke hospital yang bukan panel?
Ya, tetapi tuntutan adalah berdasarkan pembayaran balik (reimbursement), di mana tuan adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran terlebih dahulu dan mengemukakan tuntutan kepada pihak Medijaring.
Nota: Pembayaran balik adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma polisi.
10. Mengapakah sesetengah hospital meminta deposit/wang pendahuluan sedangkan saya telah mengemukakan kad Medijaring?
Hospital akan meminta deposit bagi memudahkan/mempercepatkan proses discaj, di mana deposit tersebut akan digunakan bagi membayar item-item yang tidak dilindungi atau lebihan perlindungan polisi.
Nota: Pembayaran deposit adalah berbeza di antara setiap hospital.
|