Kami di Etiqa faham betapa pentingnya untuk anda menggunakan kereta untuk pelbagai tujuan.

Sekiranya malang menimpa, Insurans Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa memastikan setiap tuntutan dapat diselesaikan secepat yang mungkin agar anda dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang halangan.
   
Apakah yang dilindungi di bawah Insurans Perlindungan Komprehensif Kereta?

Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda, dalam keadaan:
PERLANGGARAN jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal atau tahap normal haus dan lusuhnya sesebuah kereta
OBJEK YANG TERJATUH melainkan disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka semula jadi
KEBAKARAN, LETUPAN ATAU DISAMBAR PETIR
ROMPAKAN , PECAH KERETA ATAU KECURIAN
PERBUATAN JAHAT
APABILA DI DALAM TRANSIT (termasuk memenuhi muatan atau mengosongkan muatan) di atas jalanraya, rel atau jalan air
   
Liabiliti pihak ketiga, bagi:-
KEMATIAN ATAU KECEDERAAN tubuh kepada pihak ketiga
KEROSAKAN kepada harta-benda pihak ketiga oleh kereta anda
KOS PERUNDANGAN yang dikenakan sehingga had sebanyak RM2,000
  Back to top
 
Apakah yang tidak dilindungi di bawah seksyen "Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda"?
KERUGIAN TURUTAN seperti kehilangan pendapatan akibat perlanggaran
KEHILANGAN KEGUNAAN KERETA
SUSUT NILAI, HAUS DAN LUSUH NORMAL BAGI KERETA
KEROSAKAN TAYAR KERETA ANDA melainkan kereta anda rosak pada masa yang sama
Jumlah LEBIHAN yang dinyatakan pada jadual polisi anda.
 
Apakah yang tidak dilindungi di bawah seksyen "Liabiliti pihak ketiga"?
Kematian atau kecederaan tubuh kepada mana-mana penumpang yang dibawa untuk upah / ganjaran
Kerosakan kepada mana-mana harta-benda pihak ketiga di bawah pemilikan anda
Liabiliti kepada mana-mana ahli keluarga anda
Sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang di luar Malaysia, Singapura atau Negara Brunei Darussalam.
  Back to top
   
Apakah perlindungan tambahan di bawah polisi ini?
PERLINDUNGAN CERMIN DEPAN KERETA: Melindungi cermin kereta depan dan tingkap anda sekiranya berlaku keretakan/pecah. (Diskaun Tanpa Tuntutan tidak akan terjejas dengan tuntutan ini dan sebarang lebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan)
PERLINDUNGAN AKSESORI TAMBAHAN: Melindungi aksesori kereta daripada kehilangan atau kerosakan. (Diskaun Tanpa Tuntutan tidak akan terjejas dengan tuntutan ini dan sebarang lebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan)
PERLINDUNGAN PEMANDU TAMBAHAN: Meliputi perlindungan insurans kepada nama tambahan pemandu
PERLINDUNGAN KEROSAKAN BANJIR: Melindungi kereta anda terhadap kerosakan kereta disebabkan oleh Banjir, Taufan, Hurikan atau Ribut Kencang
PERLINDUNGAN KEMUSNAHAN AWAM: Melindungi kereta daripada kehilangan atau kerosakan disebabkan mogok, rusuhan atau kekecohan awam
LIABILITI PENUMPANG DI SISI UNDANG-UNDANG: Melindungi anda terhadap sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda
LIABILITI UNDANG-UNDANG KEPADA PENUMPANG: Melindungi kereta anda terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda. (Perlindungan ini adalah wajib sekiranya anda memandu kereta anda di Singapura)
  Back to top
   
Apakah perkara-perkara biasa yang tidak boleh diterima untuk membuat sesuatu tuntutan?
Pemandu yang diberi kuasa tidak mempunyai kelas lesen yang bersesuaian
Kehilangan atau kerosakan:-
 
Kehilangan atau Kerosakan Disebabkan oleh pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol
Disebabkan oleh pengunaan kereta yang salah di sisi undang-undang oleh pemandu yang diberi kuasa
Kereta yang disebabkan oleh Kemusnahan Awam
Disebabkan oleh Banjir (melainkan polisi dilanjutkan)
Disebabkan daripada penggunaan di dalam sukan bermotor atau pertandingan (seperti ujian memanjat bukit, perlumbaan kereta)
Apabila kereta rosak dan ditinggalkan tanpa langkah-langkah pengawasan untuk menghalangnya daripada kerosakan yang lebih teruk
Atau liabiliti yang berlaku di luar Malaysia, Singapura atau Negara Brunei Darussalam
  Back to top
   
Adakah pelan ini mempunyai Perkhidmatan Bantuan Kerosakan?
Ya. Semua pelanggan Insurans Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa mempunyai akses 24 jam untuk Auto Assist Etiqa. Ia menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:
Perkhidmatan Tundaan Kecemasan Kereta & Pembaikpulih Tepian Jalan 24 Jam
Bantuan pengangkutan alternatif
Khidmat untuk mengatur kemudahan penginapan hotel
Rujukan ke Pusat Servis
Khidmat Pesanan Kecemasan untuk anda menghubungi keluarga dan orang tersayang jika berlakunya kemalangan
Sila rujuk faedah-faedah Etiqa Auto Assist yang lengkap di bawah
Etiqa Auto Assist Benefit
  Back to top
   
Dapatkan Kontrak Polisi Insurans Kereta Persendirian di bawah.
Kontrak Polisi Insurans Kereta Persendirian
 
Interested in this plan? Drop by any of our many branches across the country or call 1 300 13 8888 to talk to our friendly Customer Service personnel to find out more.
 
   
   

Cadangan kami
Penentu produk kami akan mengesyorkan pelan-pelan memenuhi kehendak dan mengikut profil anda (untuk warganegara Malaysia sahaja).
Berhubunglah dengan kami
Anda boleh berjumpa dengan mana-mana daripada 23,000 ejen kami atau hubungi khidmat talian Etiqa Oneline kami di 1300 13 8888 (untuk warganegara Malaysia sahaja).

Untuk cawangan-cawangan antarabangsa kami, sila hubungi:

Singapura : +65 6336 0477 Brunei : +673 244 3393 Labuan : +60 87 417 672

Carian cawangan kami
Berkunjunglah di mana-mana cawangan kami di seluruh Malaysia untuk urusan tuntutan , pertanyaan, atau pembelian pelan-pelan Insurans dan Takaful.Kunjungi cawangan terdekat di sini .