Dalam tahun 2005, Maybank Ageas (dahulu dikenali sebagai Mayban Ageas), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, operator Takaful terunggul di Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Mayban Ageas sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.

Pada akhir tahun 2007, usaha penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful ini kepada jenama - Etiqa. Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful di bawah Maybank Ageas. Kelima-lima entiti perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk insurans dan takaful - Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad.

Untuk tahun kewangan 2013, jumlah premium terkumpul Etiqa adalah sebanyak RM 4.8 bilion (USD 1.48 bilion) sementara sumbangan Takaful adalah sebanyak RM 2.3 bilion (USD 709 milion), menjadikan Etiqa sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia dan operator Takaful yang terunggul di negara ini, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 733 juta (USD 226 juta).

Pada hari ini, Etiqa menawarkan produk insurans dan takafulnya melalui pelbagai saluran seperti melalui 15,000 tenaga agensinya, lebih daripada 30 cawangan insurans dan takafulnya, lebih daripada 400 cawangan Maybank, ATM dan bank-bank pihak ketiga dan ini secara langsungnya menyediakan kemudahan sepenuhnya kepada para pelanggan.

Etiqa berpegang teguh kepada landasan jenamanya iaitu menginsakan insurans dan takaful. Di dalam industri yang mana perjanjian dipenuhi dengan salinan dan tulisan-tulisan kecil, Etiqa menginsankan proses ini dengan membuat perubahan melalui ketelusan, kekuatan dan kejujuran. Dengan asas yang padu, Etiqa mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan para pelanggan dan menjadi kehidupan mereka lebih bermakna.

Disokong oleh bank terbesar di Malaysia, keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi syarikat insurans terunggul di Malaysia. Etiqa telah pun berada di kedudukan teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada tahun 2010. Etiqa juga berada di tangga pertama dalam perniagaan insurans dan takaful hayat/keluarga (perniagaan baru) dan am.

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Etiqa terus mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa sebagai bukti keunggulannya di dalam industri ini. Etiqa telah memenang anugerah '‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London, anugerah ‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 and sekali lagi pada tahun 2009, anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.


Untuk maklumat lanjut, sila muat-turun dokumen di bawah.
Brosur Korporat Etiqa 
     
 
     
   

Cadangan kami
Penentu produk kami akan mengesyorkan pelan-pelan memenuhi kehendak dan mengikut profil anda (untuk warganegara Malaysia sahaja).
Berhubunglah dengan kami
Anda boleh berjumpa dengan mana-mana daripada 23,000 ejen kami atau hubungi khidmat talian Etiqa Oneline kami di 1300 13 8888 (untuk warganegara Malaysia sahaja).

Untuk cawangan-cawangan antarabangsa kami, sila hubungi:

Singapura : +65 6336 0477 Brunei : +673 244 3393 Labuan : +60 87 417 672

Carian cawangan kami
Berkunjunglah di mana-mana cawangan kami di seluruh Malaysia untuk urusan tuntutan , pertanyaan, atau pembelian pelan-pelan Insurans dan Takaful.Kunjungi cawangan terdekat di sini .