Gandakan perlindungan buat diri anda dan keluarga

i-DoubleSecure merupakan pelan perlindungan yang memberikan keselamatan kewangan buat mereka yang terdekat dengan anda. Ia membolehkan anda untuk menyediakan bayaran tunai sekaligus buat mereka yang tersayang sekiranya berlaku kematian atau keilatan penuh dan kekal, dengan manfaat berganda jika kematian atau TPD terjadi akibat kemalangan. Hadiahkanlah ketenangan minda kepada yang tercinta dengan i-DoubleSecure.
 
i-DoubleSecure mengamalkan konsep Tabarru dan Wakalah.
 
Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (266243-D) (Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia). Ini adalah produk perlindungan bertempoh tulen di mana tujuan utama produk ini adalah untuk menyediakan perlindungan terhadap kejadian yang dilindungi. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada FAQ (soalan lazim) kami, atau untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami menerusi talian kami.
 
Kira Jumlah Jurang dan Bajet Anda

Manfaat yang anda nikmati

Bantuan Keluarga Anda Untuk Melalui Detik Sukar Dengan:

Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian, keluarga anda akan menerima 100% daripada Jumlah Diinsurans asas beserta syer lebihan pengagihan terkumpul daripada Dana Risiko Peserta. Bagaimanapun, sekiranya kematian berlaku dalam tahun pertama Sijil, jumlah sumbangan telah dibayar akan dipulangkan semula.

Untuk kematian akibat kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Diinsurans asas akan dibayar. Bagaimanapun, tiada faedah tambahan akan dibayar pada kematian akibat kemalangan pada ulangtahun sijil selepas harijadi anda yang ke-69.

Faedah Keilatan Penuh Dan Kekal (TPD)
Sekiranya berlaku TPD, anda dan yang tersayang akan menerima 100% daripada Jumlah Diinsurans asas beserta syer lebihan pengagihan terkumpul daripada Dana Risiko Peserta.

Untuk TPD akibat kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Diinsurans asas akan dibayar. Bagaimanapun, tiada faedah tambahan akan dibayar untuk TPD pada ulangtahun sijil selepas harijadi anda yang ke-64.

Perlindungan Fleksibel
Perlindungan fleksibel dengan 3 jenis Jumlah Dilindungi untuk dipilih, iaitu RM50,000, RM100,000 dan RM200,000.

Kelayakan
Pemohon berumur 17 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pemenuhan kriteria kami untuk tahap kesihatan minimum.

Hidup penuh dengan kejutan. Itulah sebabnya Term Insurans & Takaful membantu menjaga anda dan orang yang anda sayangi.

Lihat sekarang untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Rancang masa depan keluarga anda hari ini

Daftar Sekarang