Penyelesaian Kesihatan Anda

Dapatkan Perlindungan Yang Menepati
Keperluan Perniagaan Dan
Pekerja Anda.

Sediakan yang terbaik untuk pekerja dan perniagaaan anda.
Kami menyediakan produk-produk yang dapat membantu anda menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja anda.
Lindungi mereka agar mereka dapat menjaga perniagaan anda.




Mutiara Plus (Takaful Sahaja):

Perlindungan menyeluruh untuk pekerja dan keluarga terdekat mereka. Perlindungan termasuk untuk pasangan dan anak-anak. 

  • Perlindungan Asas – Kematian
  • Perlindungan Pilihan – Hilang Upaya Penuh (TPD),Penyakit Kritikal Dipercepatkan/Tambahan (CI), Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan (ADD), Hilang Upaya Separa Kekal (PDD), Perbelanjaan Pengebumian (FE), Manfaat Hospital Harian, Pembayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan, Gaji atau Manfaat.

Khairat (Takaful Sahaja):

Membantu mengurangkan perbelanjaan untuk pekerja, ahli dan tanggungan keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. 
 
  • Perlindungan Asas – Perbelanjaan Pengebumian.

Kemasukan Hospital & Pembedahan Berkelompok (GHS):

Hargai pekerja anda dengan pakej perlindungan kemasukan hospital dan pembedahan buat mereka dan keluarga mereka. Ahli keluarga dan tanggungan juga termasuk di dalam pelan ini. 
 
  • Perlindungan Asas – Manfaat Kemasukan Hospital dan Pembedahan.
  • Perlindungan Pilihan – Perbelanjaan Pengebumian.

Tabarru (Takaful Sahaja):

Membantu mengurangkan perbelanjaan ahli sekiranya berlaku sesuatu yang tak dijangka. 
 
  • Perlindungan Asas – Perbelanjaan Pengebumian.
  • Perlindungan Pilihan – Faedah Kematian (Semua Punca).

Insurans Bertempoh Berkelompok (GTL):

Berikan pekerja anda ketenangan minda. 
 
  • Perlindungan Asas – Kematian (Semulajadi/Semua Sebab).
  • Perlindungan Pilihan –Hilang Upaya Penuh (TPD), Penyakit Kritikal Dipercepatkan/Tambahan (CI), Kematian & Kecacatan Akibat Kemalangan (ADD), Hilang Upaya Separa Kekal (PDD), Perbelanjaan Pengebumian (FE).

Takaful Employee Synergy (Takaful Sahaja):

Kelayakan perlindungan juga diberikan kepada pasangan (manfaat HS sahaja) dan anak-anak (manfaat HS sahaja). 
 
  • Perlindungan Asas – Kematian & TPD (semua punca).
  • Perlindungan Pilihan – Penyakit Kritikal Dipercepatkan (CI), Kemasukan Hospital & Pembedahan (GHS).




 

Tuntutan Nyawa dan Keluarga


Muat Turun Borang Permohonan Penyerahan


Panel Hospital


Kumpulan Hospital Panel


Soalan-soalan Lazim

  • Polisi sudah luput / tamat tempoh.
  • Status polisi bertukar kepada 'extended term insurance'.
  • Kemasukan ke wad sebelum polisi berkuatkuasa.
  • Kemasukan ke wad adalah dalam tempoh menunggu (30 hari) atau kemasukan kerana penyakit khusus yang berlaku dalam tempoh 120 hari daripada tarikh perlindungan insurans bermula.
  • Diagnosis penyakit termasuk di bawah pengecualian polisi; contohnya: penyakit yang berkaitan dengan kehamilan, penyakit yang berkaitan dengan keadaan selepas lahir yang tidak normal / kecacatan dan sebagainya.
  • Penyakit Sedia Ada.
  • Maklumat penting (material) yang tidak didedahkan ketika polisi ini diambil.
  • Kemasukan ke hospital bukan panel.
  • Rawatan di luar negara.
Ya, ini adalah bergantung kepada budi bicara pihak hospital dan amaun ini mungkin berbeza antara hospital yang lain. Amaun ini akan digunakan bagi membayar item yang tidak dilindungi semasa discaj dan baki akan dipulangkan kepada ahli.
Ya, ahli yang telah membuat bayaran terlebih dahulu kepada pihak hospital, boleh menghantar tuntutan bayaran balik tersebut ke Jabatan Tuntutan Perubatan di Etiqa. Tuntutan akan diproses berdasarkan Syarat & Terma sepertimana tertera di dalam polisi kontrak.
  • Borang Tuntutan Perubatan
  • Borang Perubatan - Statement of Medical Examiner
  • Laporan Siasatan (jika ada)
  • Salinan asal bil hospital
  • Salinan asal resit hospital (Berdasarkan polisi kontrak, tuntutan ini boleh ditolak sekiranya dokumen ini tidak disertakan)
Ahli boleh memohon Surat Jaminan dengan memberikan no. kad pengenalan atau no. polisi kepada kakitangan hospital. Kakitangan hospital akan menghubungi Etiqa Healthcare untuk membuat pengesahan mengenai status polisi dan kelayakan.

Cara-cara untuk memohon surat jaminan