Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda

Mencari ketenangan bukan sekadar cita-cita; ia adalah suatu cara hidup. Lengkapkan laluan anda dengan pelan simpanan dan perlindungan yang memahami hasrat anda untuk kesejahteraan hidup yang harmoni, ketika anda memulakan perjalanan anda untuk memenuhi salah satu daripada lima rukun Islam. Dengan Etiqa Mabrur, anda lebih dekat untuk menunaikan Haji, menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda.

Manfaat yang anda nikmati

Simpanan Untuk Haji dan Umrah Anda

Nikmati bayaran tunai yang berjumlah sehingga 123% daripada jumlah asas yang dilindungi, yang akan dibayar terus ke dalam akaun Tabung Haji anda bermula dari akhir tahun ke-3 sijil.

Perlindungan Takaful

Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Jumlah asas yang dilindungi akan digandakan sekiranya berlaku kematian terhadap orang yang dilindungi akibat kemalangan ketika menunaikan Haji atau Umrah di Mekah atau Madinah.

Manfaat Matang

Anda akan dibayar jumlah nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.

Pendaftaran Akaun Tabung Haji

Kami akan membantu dalam urusan pembukaan akaun Tabung Haji dan pendaftaran Haji.

Senarai Rider

1) Rider Ultra Medic
2) Rider Tambah Nilai Tetap
3) Rider Manfaat Tunai Hospital
4) Rider Bertempoh
5) Rider Penyakit Kritikal
6) Rider Indemniti Kemalangan
7) Rider Kematian atau Kehilangan Kekal Akibat Kemalangan
8) RIder Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal
1) Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal (Pembayar)
2) Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Kematian dan HUKM (Pembayar)
3) Rider Bertempoh (Pembayar)
4) Rider Manfaat Pendapatan Keluarga

Kelayakan

Orang dilindungi

Usia 14 hari hingga 55 tahun

Peserta

Usia minimum 19 tahun dan tiada usia maksimum

Hubungi Saya