Pengembaraan adalah pulang dengan kenangan, bukan kebimbangan

Sama ada ianya perjalanan perniagaan atau percutian seumur hidup, kami melindungi anda dengan Pelan World Traveller Care Takaful. Pilih daripada 4 pelan dan pelbagai manfaat untuk pengembara solo, atau seisi keluarga!

Manfaat yang anda nikmati

Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam di talian +603 2161 0270

Kami membantu anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini semasa anda mengembara. Kami juga akan membantu anda sekiranya memerlukan rawatan perubatan dan memberikan surat jaminan kepada anda untuk menerima rawatan.

Perlindungan Keluarga

Pelbagai jenis pilihan perjalanan termasuk perlindungan menyeluruh untuk pasangan dan anak-anak.

Perlindungan Perubatan

Pelan ini melindungi anda seperti kemasukan ke hospital, perbelanjaan rawatan, manfaat penjagaan ihsan, temujanji doktor tempatan, dan banyak lagi. Perlindungan sehingga RM1juta, bergantung kepada pelan yang anda dipilih.

Kesulitan Perjalanan

Daripada pembatalan perjalanan pada saat-saat akhir, penangguhan, kehilangan bagasi, visa, pasport atau tiket perjalanan, pelan ini memberi pampasan atas perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada sebarang kesulitan dan masalah semasa anda mengembara.

Perlindungan Takaful

Anda akan dilindungi sehingga RM500,000 bagi setiap orang dewasa dan RM1.5 juta untuk keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan, bergantung kepada pelan yang dipilih.

Perlindungan Terhadap Keganasan

Anda akan dilindungi bagi kecederaan, kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal, kerugian atau kerosakan akibat daripada kegiatan keganasan di mana anda tidak terlibat dalam kegiatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dengan pelan pelancongan Etiqa, bersedia untuk menggugurkan kebimbangan anda dan menikmati kenangan di dalam pelancongan.

Lihat sekarang untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Kelayakan

Orang dilindungi

Usia 45 hari hingga 80 tahun

Nikmati diskaun sebanyak 25% hari ini

Daftar Sekarang

Anda Mungkin Juga Berminat:

Houseowner and Householder Takaful

Lindungi rumah anda, luaran dan dalaman, dengan satu pelan Takaful.

Takaful Kenderaan Persendirian Komprehensif

Memandu kenderaan di jalan raya tanpa kerisauan.

World Traveller Care

Pilih daripada 4 pelan dan pelbagai manfaat untuk pengembara solo, atau seisi keluarga!

i-DoubleSecure

Gandakan perlindungan buat diri anda dan keluarga.