Sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi

Fokus Pada Perniagaan Anda.
Akan Kami Uruskan Selainnya.

Prinsip asas bagi Perlindungan Aset adalah, beringat sebelum terkena. Ia bukanlah penawar, tapi pencegahan pada masa hadapan.

Sebagai syarikat insurans korporat terunggul Malaysia, kami mempunyai kepakaran serta pengalaman yang boleh anda percayai untuk memastikan aset-aset perniagaan anda kekal selamat dan terlindung.


Kelas-kelas Insurans dan
segmen-segmen Perniagaan

Kami membantu menguruskan pelbagai jenis dan tahap risiko yang berbeza dalam pelbagai industri: 

SME/SMI, Pengeluaran, Pembinaan, Perkhidmatan, Kejuruteraan, Komunikasi, Tenaga,
Pengangkutan, Pertanian



Kebakaran:

Dapatkan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan harta benda akibat kebakaran, kilat dan letupan (domestik). Bahaya tambahan termasuklah letupan (perlindungan lanjutan), gempa bumi, kapal terbang, mogok, rusuhan dan gangguan sivil, pembakaran spontan, asap, letusan paip, impak, kebocoran pemercik, banjir, ribut dan perbuatan berniat jahat, boleh ditambah pada nilai premium yang berpatutan.

Kecurian:

Dapatkan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat kecurian harta benda milik yang diinsurans atau harta benda di bawah tanggungjawab anda.

Marin:

Layari Portal Kargo Marin untuk mengeluarkan dan mencetak sijil marin dengan segera di premis anda.

‘Portal Kargo Marin’ kami mempercepatkan proses pengeluaran sijil marin untuk pelanggan kami yang mempunyai kiriman kargo marin terinsurans dibawah Perlindungan Terbuka Marin yang dikeluarkan oleh Etiqa Insurance Berhad.

Terma dan syarat asas Perlindugan Terbuka Marin akan teringkar dalam sijil marin.

Penyediaan CI pantas dan mudah


Kerosakan Jentera:

Pastikan perniagaan anda terlindung daripada kerosakan tiba-tiba dan tak dijangka yang berlaku ketika mesin sedang berfungsi atau tidak, sedang ditanggalkan, dipindahkan, atau didirikan semula untuk tujuan pencucian, pemeriksaan, pembaikan atau pemasangan dalam kedudukan lain.


Wang:

Lindungi kehilangan wang ketika dalam perjalan dan ketika disimpan dalam laci berkunci, peti besi atau bilik kebal, atau akibat rompakan ketika dalam premis perniagaan.


Kerugian Turutan:

Perlindungan kerosakan bahan akibat kebakaran hanya memberikan indemniti terhadap kerugian atau kerosakan kepada aset ketara. Sebarang kerugian akibat kebakaran atau malapetaka semulajadi yang besar seperti gempa bumi, ribut atau banjir boleh menyebabkan gannguan serius kepada aktiviti perniagaan yang diinsurans, sama ada dari segi kerugian atau pengeluaran, jualan dan juga pendapatan. 

Kami membantu anda membayar baki keuntungan bersih dan caj tetap yang timbul akibat gangguan perniagaan selepas berlakunya kerugian atau kerosakan dari kebakaran and lain-lain bahaya yang terinsurans.


Motor (Kereta Persendirian / Kenderaan Komersial / Motorsikal):

Kekal terlindung daripada kerugian kenderaan bermotor atau kerosakan akibat kemalangan dan juga liabiliti perundangan terhadap pihak ketiga untuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda.


Pampasan Pekerja Asing:

Adalah mandatori buat semua majikan untuk mendapatkan insurans bagi semua pekerja asing yang digaji dibawah Skim Pampasan Pekerja Asing, untuk sebarang liabiliti di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.


Pampasan Pekerja:

Lindungi pekerja di tempat kerja daripada kecederaan badan akibat kemalangan dan / atau penyakit yang dihidapi sewaktu tempoh pekerjaan. 

Selaras dengan hak common law terhadap majikan, Insurans Liabiliti Majikan adalah untuk memberikan indemniti kepada yang diinsurans ke atas sebarang kemungkinan yang berkaitan.

Liabiliti Umum:

Kami menyediakan polisi ini untuk meliputi:
  • Kecederaan badan akibat kemalangan kepada mana-mana individu yang bukan ahli isi rumah individu diinsurans atau mana-mana individu dalam perkhidmatan khidmat individu diinsurans.
  • Kerosakan akibat kemalangan kepada harta benda yang bukan milik atau bukan dalam jagaan atau kawalan individu yang diinsurans.
  • Sebarang perbelanjaan perundangan tertanggung oleh individu yang diinsurans dalam proses perundangan dengan persetujuan bertulis Syarikat, yang berlaku ketika Tempoh Insurans dan diakibatkan oleh aktiviti perniagaan di dalam linkungan kawasan yang ditetapkan.




 

Untuk produk khusus lain, sila rujuk kepada:

Melvin Oh
Specialised: KSM, EB Perubatan
DL: 03-2075 3083
Email: melvin.o@etiqa.com.my

Shamsudin Sohlihoon
Specialised: KSM, Pembinaan / Kejuruteraan
DL: 03-2785 3047
Email: shamsudin.s@etiqa.com.my

Nor Hisham
Specialised: KSM, SME & Pengeluaran
DL: 03-2785 3043
Email: mhisham.o@etiqa.com.my

Ahmad Sabri
Specialised: KAM, Niche/ Akaun Berjumlah Besar
DL: 03-2785 3073
Email: asabri.i@etiqa.com.my


Jabatan Perusahaan Korporat

Pengurusan Broker

Azrul Azam Abdul Abas 
Ketua Jabatan
DL: +603-2785 4051
azrulazam.aa@etiqa.com.my

Perniagaan Langsung Korporat & Maybank GWB

Rajdi Ahmad Tah
Ketua Jabatan
DL: +603-2785 4081
rajdi.at@etiqa.com.my 

Perniagaan Multinasional Kumpulan PNB

Mohamad Yusoff Abdul Raof 
Ketua Jabatan
DL: +603-2785 4088
yusoff.ar@etiqa.com.my

Manfaat Pekerja Korporat

Zetty Zabir
Ketua Bahagian
Naib Presiden
DL : +603 2785 4049
Email: zetty.z@etiqa.com.my




Anda Mungkin Juga Berminat:

Empunya Rumah / Isi Rumah Takaful

Lindungi rumah anda, luaran dan dalaman, dengan satu pelan Takaful.

i-DoubleSecure

Gandakan perlindungan buat diri anda dan keluarga.

Insurans Kenderaan Persendirian Komprehensif

Kembali memandu tanpa kesulitan.

Insurans Empunya Rumah / Isi Rumah

Lindungi rumah anda, luaran dan dalaman, dengan satu pelan.