Soalan Lazim

e-Bayar or Auto Kredit adalah kaedah pembayaran yang membolehkan Etiqa untuk membayar balik kredit premium / sumbangan, bayaran manfaat / serahan, pengagihan lebihan dan / atau tuntutan ke akaun bank anda secara elektronik.
  • Lebih cepat: Dana tersedia sebaik pembayaran diproses oleh bank.
  • Selamat: Kehilangan, penipuan atau cek tamat tempoh tidak lagi menjadi isu.
  • Mudah: Menjimat waktu perjalanan mendepositkan cek di bank.
     
Tidak, anda boleh menikmati kemudahan ini TANPA sebarang caj.
1. Sila nyatakan nama bank dan nombor akaun semasa/ simpanan anda semasa:
  • Penyerahan polisi/ sijil baru
  • Penyerahan Tuntutan/ Manfaat/ Penyerahan
  • Penghantaran Borang Arahan Endosmen / Perubahan/ Borang Permohonan Untuk Pemindaan

dan

2. Jika perlu, serahkan salinan berikut untuk tujuan pengesahan:
  • Penyata bank, buku simpanan akaun bank atau butiran akaun anda yang dicetak dari laman web bank anda.

Sebagai alternatif, sila hubungi Etiqa Oneline di 1300 13 8888.

Perhatian:Sila pastikan nama dan nombor pengenalan (Nombor MyKad/ Tentera/ Polis/ Passport/ Syarikat) yang diberikan kepada kami adalah sama seperti yang digunakan untuk membuka akaun bank anda.
Anda boleh menggunakan mana-mana akaun semasa / simpanan yang masih aktif di bawah nama anda untuk e-Bayar. Akaun semasa/ simpanan mestilah dibawah penguasaan institusi kewangan yang menawarkan kemudahan MEPS Inter-Bank GIRO (IBG). Sila rujuk laman web berikut untuk senarai terkini ahli-ahli IBG http://www.meps.com.my/faq/interbank-giro.
Pembayaran akan dibuat secara elektronik kepada akaun bank anda di dalam tempoh 5 hari berkerja setelah tuntutan / permohonan anda diluluskan.
Sekiranya pembayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam akaun bank anda disebabkan oleh, nombor akaun bank yang salah, akaun bank yang telah ditutup, akaun tidak aktif atau nombor pengenalan tidak sepadan dengan rekod bank, pembayaran akan dilakukan melalui cek..

Walau bagaimanapun, ini akan melambatkan proses pembayaran. Untuk mengelakkan perkara tersebut, sila pastikan maklumat akaun bank anda adalah betul dan akaun masih aktif apabila memberikan maklumat itu kepada Etiqa.

Sila pastikan nama dan nombor pengenalan yang diberikan kepada kami adalah sama seperti yang digunakan untuk membuka akaun bank anda.
Ya, surat pemberitahuan akan dihantar kepada anda setelah pembayaran anda telah diluluskan atau bayaran dikreditkan ke akaun anda.

Anda juga digalakkan untuk memberikan alamat emel / nombor telefon bimbit anda untuk pemberitahuan secara elektronik melalui emel atau SMS dalam masa depan.
Butiran akaun bank anda dan maklumat berkaitan yang lain:
  • Akan digunakan hanya untuk tujuan pindahan terus pembayaran kepada akaun bank anda; dan
  • Akan dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada sesiapa kecuali diri pelanggan atau wakil persendirian yang telah memberi kebenaran bertulis.
Ya, anda dibenarkan untuk menukar maklumat akaun bank anda dengan mengemukakan Borang Arahan Endorsemen / Perubahan/ Borang Permohonan Untuk Pemindaan dan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk menyokong permohonan anda kepada Etiqa. Tiada caj akan dikenakan untuk tujuan ini.
Ya, anda perlu menyatakan maklumat akaun bank anda semasa mengemukakan borang anda.
Tidak. Walau bagaimanapun, sila mengemaskini maklumat akaun bank anda dengan kami jika terdapat sebarang perubahan seperti dalam Soalan 10 di atas
Adalah penting untuk mengetahui bahawa:
  • e-Bayar merupakan mod pembayaran yang paling efisien dan selamat. Oleh itu, e-bayar adalah amat digalakkan.
  • Semua urusan e-Bayar kami disahkan dengan memadankan nombor pengenalan yang diberikan dalam polisi/ sijil dengan nombor pengenalan digunakan untuk membuka akaun bank anda.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin menerima bayaran melalui e-Bayar, pembayaran akan dibuat kepada anda dalam bentuk cek. Pembayaran ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
Sekiranya pemegang polisi/ sijil meninggal dunia, semua wang bayaran akan menjadi tanggungjawab pentadbir harta pusaka untuk menyerahkan kepada waris yang telah dinamakan.