Home
Takaful   
   

Sejarah penubuhan Etiqa bermula pada tahun 2005 apabila Maybank Ageas (dahulunya dikenali sebagai Mayban Fortis), sebuah pengendali insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful, telah bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd. Pada tahun 2007, penggabungan ini telah membawa perubahan jenama kepada Etiqa Insurance Berhad (EIB) dan Etiqa Takaful Berhad (ETB) untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful di bawah Kumpulan Maybank.

EIB dan ETB adalah pemegang lesen insurans dan takaful komposit yang menyediakan produk dan perkhidmatan seperti insurans am, insurans hayat, takaful am, dan takaful keluarga, melalui pelbagai saluran jualan seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, lain-lain bank, internet, dan mesin juruwang automatik (Automatic Teller Machine (ATM)).

Manfaat Kematian

Manfaat kematian akan dijelaskan apabila orang diinsuranskan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Khairat Kematian

Beban keluarga boleh diringankan melalui pembayaran Khairat / Ehsan Kematian semasa orang diinsuranskan meninggal dunia.

Manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) / Penyakit Kritikal yang membawa kepada persaraan akibat kesihatan (PKPAK)

HUMK disebabkan oleh kecederaan atau penyakit dan menghalang orang diinsuranskan menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan bagi mendapatkan pampasan, gaji atau upah. HUMK mestilah kekal dan berterusan sekurang-kurangnya 6 bulan.

 

Kos Perubatan - HUMK

Bagi meringankan beban orang diinsuranskan yang mengalami HUMK, bayaran kos perubatan sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada orang diinsuranskan.
Manfaat / Perlindungan bagi mendapatkan gantirugi atas kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman.


Pengiraan

Pengiraan untuk pinjaman pertama
Pengiraan untuk pinjaman Kedua

Muat Turun Borang

Borang permohonan pinjaman

Lain-Lain

Syarat - syarat pinjaman
Jadual kelayakan
Dokumen yang diperlukan
Produk E-MotorTakaful

Motor Insurance

World Travel Care

Houseowner and Householder Insurance

Ezy-Life Secure