Home

Takaful    | Insurans

Soalan Lazim

MRTA |  Insurans Kebakaran |  Maklumat Pinjaman Perumahan |  Keistimewaan Ahli

Apakah keistimewaan Pelan Insurans Gadaijanji yang ditawarkan oleh Etiqa Life Insurance Berhad?
Etiqa Life Insurance Berhad merupakan peneraju perlindungan Insurans di Bahagian Pinjaman Perumahan sejak 1970 an. Oleh itu kami mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Beberapa kelebihan boleh didapati di dalam Pelan yang kami tawarkan:-

- Menerima penyertaan sehingga umur 70 tahun tanpa pengunderaitan (tanpa sebarang pemeriksaan perubatan atau pengakuan kesihatan)
- Memperkenalkan proses tuntutan yang paling mudah dengan hanya memerlukan sijil kematian yang disahkan bagi tuntutan kematian.

Apakah perlindungan gadaijanji dapat menyelesaikan baki hutang sepenuhnya jika orang dilindungi meninggal dunia atau mengalami HUMK?
Ya, baki pinjaman akan diselesaikan dengan syarat tiada berlaku tunggakan ke atas pinjaman tersebut dan amaun pinjaman adalah setara dengan amaun perlindungan gadaijanji.

Apakah itu perlindungan gadaijanji?
Perlindungan gadaijanji adalah perlindungan ke atas pinjaman berdasarkan amaun perlindungan gadaijanji sekiranya orang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami HUMK.