Home
Insuran   

Soalan Lazim

Gadai Janji |  Pemilik Rumah |  Maklumat Pinjaman Perumahan |  Keistimewaan Ahli

Apakah keistimewaan Pelan Takaful Gadaijanji yang ditawarkan oleh Etiqa Family Takaful Berhad?
Etiqa Family Takaful Berhad meruapakan peneraju perlindungan Takaful di Bahagian Pinjaman Perumahan sejak 1994. Oleh itu kami mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Beberapa kelebihan boleh didapati di dalam Pelan yang kami tawarkan:-

- Menerima penyertaan sehingga umur 70 tahun tanpa pengunderaitan (tanpa sebarang pemeriksaan perubatan atau pengakuan kesihatan)
- Melindungi orang dilindungi jika dibersarakan oleh Majikan kerana penyakit kritikal dan disahkan oleh Lembaga Perubatan yang bertauliah
- Menawarkan bayaran perubatan yang berjumlah RM1,000 bagi orang dilindungi yang mengalami HUMK.
- Menawarkan khairat kematian sebanyak RM2,000 ke atas kematian orang dilindungi.
- Memperkenalkan proses tuntutan yang paling mudah dengan hanya memerlukan sijil kematian yang disahkan bagi tuntutan kematian.

Apakah perlindungan gadaijanji dapat menyelesaikan baki hutang sepenuhnya jika orang dilindungi meninggal dunia, HUMK atau menghidap PKPAK?
Ya, baki pinjaman akan diselesaikan dengan syarat tiada berlaku tunggakan ke atas pinjaman tersebut.

Apakah itu perlindungan gadaijanji?
Perlindungan gadaijanji adalah perlindungan ke atas pinjaman atau baki pinjaman sekiranya orang dilindungi meninggal dunia, HUMK atau menghidap PKPAK.