Home

Takaful    | Insurans

MRTA Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK))
 

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

HUMK disebabkan oleh kecederaan atau penyakit dan menghalang orang Diinsuranskan menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan bagi mendapatkan pampasan, gaji atau upah. HUMK mestilah kekal dan berterusan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Amaun manfaat akan dikira berdasarkan kepada Jadual Jumlah Diinsuranskan Berkurangan seperti yang dinyatakan pada Sijil Jaminan Perlindungan.

HUMK JUGA MERANGKUMI SALAH SATU DARI YANG BERIKUT

  1. Kehilangan sepenuhnya daya penglihatan kedua-dua belah mata.
  2. Putus kedua-dua belah tangan pada atau di atas pergelangan tangan.
  3. Putus kedua-dua belah kaki pada atau di atas pergelangan buku lali.
  4. Kehilangan penglihatan sepenuhnya pada sebelah mata dan putus sebelah tangan atau kaki pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali.
  5. Putus sebelah tangan di atas pergelangan tangan dan putus sebelah kaki di atas buku lali.

PENGECUALIAN KE ATAS TUNTUTAN HUMK

Pampasan tidak akan dibayar jika HUMK berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada:

  1. Keadaan pra-wujud;
  2. Kecederaan diri yang disengajakan atau cubaan membunuh diri, ketika waras atau tidak;
  3. Kecederaan atau penghospitalan di bawah pengaruh sebarang alkohol, narkotik atau dadah;
  4. Memasuki, mengendalikan, atau memberikan perkhidmatan menaiki atau menuruni, dari atau dengan mana-mana peranti atau pengangkutan udara kecuali ketika orang diinsuranskan berada di dalam pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan komersial pada perjalanan penumpang berjadual teratur menggunakan laluan penumpang yang ditetapkan;
  5. Penyertaan dalam apa-apa perbuatan jenayah, rusuhan, kekecohan awam, penderhakaan tentera, perang (sama ada diisytiharkan atau tidak), revolusi atau apa-apa operasi perang, tindakan musuh luar, apa-apa tindakan keganasan dan perang kimia; atau
  6. Penglibatan dalam apa-apa sukan dan hobi yang berbahaya seperti perlumbaan (selain daripada menggunakan kaki), terbang luncur, belayar atau hobi lain yang sama-sama berbahaya dan berisiko melainkan premium risiko sukan telah dibayar.
  7. Penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan (AIDS) atau apa-apa keadaan yang berkaitan AIDS

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk pada Sijil Jaminan Perlindungan untuk senarai lengkap pengecualian-pengecualian.

KAEDAH TUNTUAN HUMK

Dokumen yang perlu dikemukakan:

  1. Laporan doktor mengenai penyakit yang dihidapi oleh orang diinsuranskan.
  2. Surat dari Ketua Jabatan mengenai kesihatan dan kedudukan orang diinsuranskan di dalam jawatannya.
  3. Laporan dari Lembaga Perubatan kerajaan yang ditauliahkan.
  4. Dokumen perubatan/tambahan yang lain, jika ada.
Sila klik disini untuk muat turun risalah