Home
Takaful   

Pemilik Rumah

Untuk mendapatkan gantirugi atas kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman disebabkan oleh bencana-bencana berikut :-

1. Kebakaran, kilat,halilintar dan kebakaran bawah tanah.

2. Letupan.

3. Kejatuhan pesawat udara dan peralatan dan barangan yang jatuh darinya.

4. Pelanggaran oleh kenderaan luar (termasuk pagar rumah dan pintu pagar).

5. Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali :-

i. RM50.00 yang pertama

ii. Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi perabot

iii. Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri

6. Pecah rumah atau pencerobohan atau percubaan berbuat demikian.

7. Angin rebut, siklon, taufan dan hujan rebut kecuali kerosakan bidai dan sengkuap.

8. Gempa bumi dan letupan gunung berapi.

9. Banjir.

10. Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaik pulih, terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan.

11. Tanggungan Awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di kawasan rumah.

Nota:

Perkara 7,8 dan 9 tertakluk kepada pengecualian atas jumlah kerugian/kerosakan RM200.00 yang pertama.

ANTARA BENCANA YANG TIDAK DILINDUNGI TANAH RUNTUH, TANAH MENDAP.