
Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 4.0

Perlindungan takaful untuk Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan rendah serta layak menerima manfaat di bawah inisiatif ini.
Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 4.0 ialah pelan takaful patuh syariah yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia bagi menyediakan perlindungan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan rendah yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
100% Ditanggung Kerajaan
Kos perlindungan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia tanpa sebarang bayaran sumbangan takaful oleh peserta yang layak.
Siapa yang Dilindungi?
Perlindungan SIKR 4.0 diberikan kepada KIR yang disenaraikan oleh ICU JPM berdasarkan data eKasih serta memenuhi kriteria berikut:
Dewasa
Umur pada hari lahir berikutnya semasa menyertai skim ini: 19 hingga 56 tahun
Berstatus miskin atau miskin tegar
dalam pangkalan data eKasih
Tempoh Perlindungan
1 Oktober 2026 - 30 September 2027
Melalui perlindungan ini, seramai 200,000 KIR menerima perlindungan yang membantu meringankan beban KIR dan waris sekiranya berlaku musibah atau berdepan situasi yang tidak dijangka.
Perlindungan utama untuk Ketua Isi Rumah
Manfaat Kewangan
Bantuan kewangan kepada waris bagi meringankan beban apabila musibah melanda.
Jadual Manfaat Perlindungan
| Manfaat | Jumlah Perlindungan |
|---|---|
| Kematian secara semulajadi akibat sebarang punca selain kemalangan | RM14,100 |
| Kematian akibat kemalangan | RM28,500 |
| Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh akibat semua sebab | RM14,100 |
| Elaun wad hospital akibat kemalangan (sehingga 30 hari) | RM25 sehari |
| Caj ambulans akibat kemalangan | Sehingga RM500 |
| Kos/caj laporan perubatan akibat kemalangan | Sehingga RM500 |
| Kerusi roda dan anggota badan palsu akibat kemalangan | Sehingga RM500 |
Tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.
Perlindungan Tambahan Untuk 8 Situasi (Kemalangan)
Pendedahan unsur semulajadi
Kehilangan
Mogok, rusuhan dan kecelaruan awam
Pembunuhan, serangan, penculikan
Rampasan
Aktiviti sukan amatur
Lemas dan tercekik secara tidak sengaja
Gigitan binatang berbisa dan keracunan makanan
