Insurans e-Medical Pass

Adalah amat penting untuk anda mempunyai pelan perubatan walaupun dilindungi di bawah pekerjaan sekarang, terutamanya apabila kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. Insurans e-Medical Pass dari Etiqa akan membantu melindungi keperluan perubatan anda dengan tawaran Fast & Easy kami:

Manfaat Utama

Perlindungan Sepanjang Hayat Tanpa Had
Anda tidak perlu risau tentang kos perubatan yang tidak mencukupi semasa tempoh polisi, kerana tiada had perlindungan sepanjang hayat*.
Berpatutan
Dapatkan perlindungan tanpa had sepanjang hayat hanya serendah RM1.74 sehari, dan ia lebih murah jika anda memilih pelan deduktibel.
Kelulusan Serta-Merta
Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Anda perlu menjawab 3 soalan berkaitan kesihatan untuk perlindungan serta-merta.
Aplikasi Etiqa Healthcare
Pencari GPS akan menunjukkan hospital panel Etiqa yang terdekat anda dengan hanya beberapa langkah.
Kemasukan ke Hospital Tanpa Tunai
Surat Jaminan (GL) akan dikeluarkan dengan hanya satu panggilan telefon ke talian 24/7 kami supaya anda boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran.

*Tertakluk kepada had tahunan
Nota: Manfaat utama di atas tertakluk kepada terma dan syarat.

Lindungi keperluan perubatan anda dengan Insurans e-Medical Pass

Mohon Online

Bantuan & Sokongan

Muat Turun Dokumen

Soalan Lazim

  1. Apakah e-Medical Pass? Apakah perlindungan yang ditawarkan?
    e-Medical Pass ialah pelan perubatan insurans yang menyediakan perlindungan penghospitalan dan perbelanjaan pembedahan. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk, atau Polisi bagi pengecualian-pengecualian, terma dan syarat manfaat yang terperinci dalam pelan ini.
     
  2. Siapakah yang sesuai untuk menyertai produk ini?
    Produk ini sesuai bagi orang dewasa yang tidak mempunyai mana-mana perlindungan perubatan atau ingin melengkapi mana-mana pelan perubatan bagi perbelanjaan penghospitalan dan pembedahan yang sedia ada, jika tidak mencukupi.
     
  3. Terdapat 3 pelan, pelan yang manakah sesuai untuk saya?
    Kesesuaian pelan adalah bergantung kepada kemampuan dan keperluan anda.
     
  4. Adakah saya akan mendapat kad perubatan?
    Tiada kad perubatan yang dikeluarkan untuk polisi ini. Walau bagaimanapun, dengan cara yang lebih mudah, apabila dimasukkan ke hospital, anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan anda dan memaklumkan kepada hospital panel bahawa anda dilindungi oleh Etiqa.
     
  5. Bagaimanakah saya boleh mendaftar pelan ini? Bolehkah saya mendapatkannya melalui ejen?
    Anda boleh mendaftar pelan ini melalui laman web kami. Ini adalah produk dalam talian dan ia tidak ditawarkan melalui mana-mana agen kami. Tiada komisen yang dikenakan ke atas pelan ini.

     

  1. Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan ini?
    Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya) layak untuk beli, dengan syarat memenuhi kriteria kesihatan kami.
     
  2. Bolehkan warga asing mendaftar pelan ini?
    Pelan ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya).
     
  3. Adakah saya layak mendapatkan pelan perubatan jika saya berumur lebih daripada 54 tahun?
    Maaf, anda tidak layak bagi pelan perubatan ini. Walau bagaimanapun, Kami juga menyediakan pelan perubatan lain yang serupa yang mungkin sesuai untuk anda, sila hubungi Etiqa Oneline 1-300-13-8888.
     
  4. Adakah saya layak mendapatkan pelan perubatan jika saya tidak layak bagi pelan perubatan ini selepas menjawab soalan pengunderaitan?
    Ya, kami juga menyediakan pelan perubatan lain yang serupa yang mungkin sesuai untuk anda, sila hubungi Etiqa Oneline 1-300-13-8888.
     
  5. Bolehkah saya mendapat lebih daripada satu polisi?
    Tidak boleh. Anda hanya layak untuk membeli satu polisi sahaja.
     
  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tersalah membuat sebarang penyataan atau tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang diperlukan?
    Salah penyataan atau tidak mendedahkan maklumat material akan menyebabkan pembatalan polisi, atau tuntutan anda tidak dibayar. Untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang tidak diingini tersebut berlaku, anda dikehendaki menyatakan dengan sepenuhnya semua maklumat yang relevan, termasuk keadaan perubatan dan umur dengan tepat.

  1. Apakah itu Had Tahunan?
    Had tahunan adalah had kelayakan maksimum bagi anda membuat tuntutan perbelanjaan perubatan dalam setiap tahun polisi. Had tahunan akan diperbaharui bagi setiap tahun polisi.
     
  2. Apa perlu saya lakukan sekiranya saya tidak mempunyai had tahunan yang cukup untuk membayar caj hospital?
    Anda perlu membayar perbezaan antara had kelayakan tahunan dan caj perubatan. Had tahunan akan diperbaharui selepas ulang tahun polisi.
     
  3. Apakah itu Deduktibel?
    Deduktibel adalah amaun perbelanjaan penghospitalan yang perlu ditanggung oleh anda bagi setiap penghospitalan sebelum kami membayar apa-apa manfaat.
     
  4. Mengapa premium saya lebih murah jika saya memilih pelan deduktibel?
    Premium akan mejadi lebih murah kerana anda perlu menanggung sesetengah perbelanjaan penghospitalan yang layak bagi setiap penghospitalan.

  5. Bilakah saya perlu memilih pelan perubatan dengan deduktibel ataupun tanpa deduktibel?
     
    • ​​​​​​Dengan memilih Deduktibel
      Jika pelan perubatan anda yang sedia ada atau perlindungan oleh majikan adalah tidak mencukupi, pelan ini akan melengkapi kekurangan pelan perubatan yang sedia ada dengan memberi tambahan perlindungan perubatan.
       
    • Tidak memilih Deduktibel
      Jika anda tiada sebarang perlindungan perubatan.
       
  6. Anda perlu membayar perbelanjaan perubatan dan pembedahan yang layak sebanyak RM1,000 bagi setiap penghospitalan. Kami akan membayar lebihan perbelanjaan layak selepas potongan RM1,000 yang pertama.
Contoh 1: Perbelanjaan Penghospitalan
Perbelanjaan Penghospitalan yang layak = RM10,000
Amaun deduktibel bagi setiap kemasukan hospital = RM1,000 
Amaun yang dibayar oleh Anda = RM1,000
Amaun yang dibayar oleh Kami = RM10,000 – RM1,000 = RM9,000

Contoh 2: Manfaat-manfaat Pesakit Luar (Kelayakan Manfaat-manfaat Pesakit Luar adalah tidak tertakluk kepada Deduktibel)
Manfaat-manfaat Pesakit Luar yang layak = RM800
Amaun yang dibayar oleh Anda = RM0
Amaun yang dibayar oleh Kami (secara pembayaran balik) = RM800

  1. Bagaimanakah jumlah premium ditentukan?
    Anda akan dicaj amaun premium tertentu berdasarkan kepada jenis pelan, pilihan deduktibel, pekerjaan dan umur yang telah dicapai pada tarikh permulaan. Premium akan meningkat mengikut umur yang telah dicapai anda. Anda perlu membayar sumbangan sehingga umur 80 tahun. Kadar premium adalah tidak dijamin dan Kami berhak untuk mengubah kadar premium dengan memberikan notis 30 hari lebih awal.
     
  2. Bagaimanakah untuk membayar dan apakah frekuensi pembayaran premium bagi polisi ini?
    Anda boleh membayar premium melalui kad kredit/kad debit. Anda boleh memilih untuk membayar premium secara bulanan atau tahunan. Anda boleh meneruskan bayaran premium melalui kad kredit/kad debit, atau bertukar kepada akaun simpanan bank untuk membayar premium seterusnya.
     
  3. Bagaimanakah saya boleh menukar kad kredit/debit yang digunakan bagi penolakan premium?
    Anda boleh datang ke mana-mana cawangan kami dan mengisi borang Permohonan Pertukaran, dan borang Pembayaran Premium melalui kad Visa/Master.
     
  4. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar premium?
    Terdapat tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh premium perlu dibayar yang diberikan kepada anda untuk membayar premium. Anda masih dilindungi sepanjang tempoh tangguh. Jika premium yang diperlukan tidak dibayar di dalam tempoh tangguh, polisi anda mungkin luput selepas itu dan anda tidak akan berhak ke atas manfaat polisi sekiranya berlaku kejadian yang dilindungi (Manfaat-manfaat Pesakit Dalam & Pembedahan Balik Hari dan Manfaat-manfaat Pesakit Luar).
     
  5. Bolehkah saya mengakses pelan perubatan sekiranya saya lupa membayar Premium?
    Jika anda terlepas membuat pembayaran premium dan polisi anda belum luput , anda mungkin boleh mengakses pelan perubatan ini, tetapi, anda mungkin mengalami gangguan semasa proses pelepasan hospital dan anda perlu membayar balik premium yang matang.
     
  6. Adakah saya layak untuk menikmati pelepasan cukai ke atas premium yang dibayar?
    Anda boleh menggunakan premium Insurans Hayat yang dibayar bagi pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai semasa Malaysia dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

  1. Bolehkah saya menaik taraf pelan saya?
    Anda boleh menaik taraf pelan anda ke pelan Bilik dan Makanan yang lebih tinggi, tertakluk kepada keputusan pengunderaitan kami.
     
  2. Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan polisi?
    Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 15 hari selepas polisi diterima oleh anda. Kami akan mengembalikan premium yang diterima kepada anda. Tiada premium akan dikembalikan sekiranya sebarang tuntutan telah dibuat.

    Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan polisi anda selepas 15 hari, anda layak menerima pengembalian premium berdasarkan jadual berikut:
     
    Tempoh Tidak Melebihi Pengembalian Premium Tahunan
    15 hari (pembaharuan sahaja) 90%
    1 bulan 80%
    2 bulan 70%
    3 bulan 60%
    4 bulan 50%
    5 bulan 40%
    6 bulan 30%
    7 bulan 25%
    8 bulan 20%
    9 bulan 15%
    10 bulan 10%
    11 bulan 5%
    Tempoh melebihi 11 bulan Tiada bayaran balik

    Nota: Tiada pengembalian Premium bagi kes bayaran bulanan.
     
  3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya kehilangan atau tidak menerima dokumen polisi? Atau jika saya perlu mengemaskini maklumat peribadi dan butiran perhubungan?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my atau menghubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.​​

  1. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku (Manfaat-manfaat Pesakit Dalam & Pembedahan Balik Hari)?
     
    • ​​Jika anda memilih hospital panel:
      Kad perubatan tidak diperlukan bagi kemasukan hospital, anda hanya perlu menunjukkan kad pengenalan dan memaklumkan pihak hospital yang anda dilindungi oleh Etiqa. Kami akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak tertakluk kepada pelan had tahunan yang anda beli. Bagi pelan deduktibel, anda perlu membayar perbelanjaan yang layak sehingga amaun deduktibel bagi setiap kemasukan hospital sebelum membayar baki perbelanjaan yang layak.
       
    • Jika anda memilih hospital bukan panel:
      Anda perlu membayar semua perbelanjaan penghospitalan sebelum dibenarkan keluar dari hospital. Hantar senarai dokumen yang diperlukan kepada Etiqa untuk pembayaran balik perbelanjaan penghospitalan yang layak dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar dari hospital.

      Untuk keterangan lanjut, muat turun panduan tuntutan. Senarai hospital panel boleh didapati di dalam panduan tuntutan ini. Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.
       
  2. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku (Manfaat-manfaat Pesakit Luar)?
    Anda dikehendaki membayar perbelanjaan pesakit luar. Hantar senarai dokumen yang diperlukan untuk Etiqa membuat bayaran balik perbelanjaan pesakit luar yang layak dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar hospital.

    Untuk keterangan lanjut, muat turun panduan tuntutan. Senarai hospital panel boleh didapati di dalam panduan tuntutan ini. Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.
 

  1. Adakah terdapat pemeriksaan perubatan untuk pelan ini?
    Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Permohonan anda sama ada akan diterima atau ditolak berdasarkan keperluan yang telah kami tetapkan.

  1. Bagaimanakah saya akan mendapatkan pengesahan bagi permohonan saya? Bilakah pelan perlindungan ini akan bermula?
    Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta-merta melalui laman web kami. Perlindungan akan bermula pada hari permohonan diterima beserta pembayaran, dengan dokumen polisi dan resit pembayaran dihantar melalui e-mel kepada anda.
     
  2. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my, menghubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888. Live Chat 24-jam juga boleh didapati di laman web kami untuk sebarang pertanyaan.

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (1239279-P)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia)
Pelan ini adalah pelan perlindungan tulen dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kejadian tertentu. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara.