e-Medical Pass Takaful

Adalah amat penting untuk anda mempunyai pelan perubatan walaupun dilindungi di bawah pekerjaan sekarang, terutamanya apabila kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. e-Medical Pass Takaful dari Etiqa akan membantu melindungi keperluan perubatan anda dengan tawaran Fast & Easy kami:

Manfaat Utama

Perlindungan Sepanjang Hayat Tanpa Had
Anda tidak perlu risau tentang kos perubatan yang tidak mencukupi semasa tempoh sijil, kerana tiada had perlindungan sepanjang hayat*.
Berpatutan
Dapatkan perlindungan tanpa had sepanjang hayat hanya serendah RM1.77 sehari, dan ia lebih murah jika anda memilih pelan deduktibel.
Kelulusan Serta-Merta
Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Anda perlu menjawab 3 soalan berkaitan kesihatan untuk perlindungan serta-merta.
Aplikasi Etiqa Healthcare
Pencari GPS akan menunjukkan hospital panel Etiqa yang terdekat anda dengan hanya beberapa langkah.
Kemasukan ke Hospital Tanpa Tunai
Surat Jaminan (GL) akan dikeluarkan dengan hanya satu panggilan telefon ke talian 24/7 kami supaya anda boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran.

*Tertakluk kepada had tahunan
Nota: Manfaat utama di atas tertakluk kepada terma dan syarat.

Penuhi keperluan perubatan anda dengan Takaful e-Medical Pass.

Bantuan & Sokongan

Muat Turun Dokumen

Soalan Lazim

  1. Apakah e-Medical Pass Takaful? Apakah perlindungan yang ditawarkan?
    e-Medical Pass Takaful ialah satu pelan perlindungan perubatan tulen yang menyediakan perlindungan perubatan sehingga umur 80 tahun. Produk ini tidak menyediakan sebarang elemen simpanan atau pelaburan. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk, atau Sijil bagi pengecualian-pengecualian, terma dan syarat manfaat yang terperinci dalam pelan ini.
     
  2. Siapakah yang sesuai untuk menyertai produk ini?
    Produk ini sesuai bagi orang dewasa yang tidak mempunyai mana-mana perlindungan perubatan atau ingin melengkapi mana-mana pelan perubatan bagi perbelanjaan penghospitalan dan pembedahan yang sedia ada, jika tidak mencukupi.
     
  3. Terdapat 3 pelan, pelan yang manakah sesuai untuk saya?
    Kesesuaian pelan adalah bergantung kepada kemampuan dan keperluan anda.
     
  4. Adakah saya akan dapat kad perubatan?
    Tiada kad perubatan akan dikeluarkan bagi sijil ini. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan, anda hanya perlu menunjukkan kad pengenalan dan memaklumkan pihak hospital yang anda dilindungi oleh Etiqa, atas kemasukan hospital.
     
  5. Bagaimanakah saya boleh menyertai pelan ini? Bolehkah saya mendapatkannya melalui ejen?
    Anda hanya boleh menyertai pelan Takaful ini melalui laman web kami. Ini adalah produk Takaful di atas talian dan tidak ditawar oleh ejen-ejen kami. Tiada komisen yang akan dikenakan bagi pelan ini.

  1. Siapakah yang layak untuk menyertai pelan ini?
    Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya) layak untuk menyertai, dengan syarat memenuhi kriteria kesihatan kami.
     
  2. Bolehkan warga asing menyertai pelan ini?
    Pelan ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya).
     
  3. Adakah saya layak mendapatkan pelan perubatan jika saya berumur lebih daripada 54 tahun?
    Maaf, anda tidak layak bagi pelan perubatan ini. Walau bagaimanapun, Kami juga menyediakan pelan perubatan lain yang serupa yang mungkin sesuai untuk anda, sila hubungi Etiqa Oneline 1-300-13-8888
     
  4. Adakah saya layak mendapatkan pelan perubatan jika saya tidak layak bagi pelan perubatan ini selepas menjawab soalan pengunderaitan?
    Ya, Kami juga menyediakan pelan perubatan lain yang serupa yang mungkin sesuai untuk anda, sila hubungi Etiqa Oneline 1-300-13-8888.
     
  5. Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu sijil?
    Tidak boleh. Anda hanya layak untuk menyertai satu sijil sahaja.
     
  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tersalah membuat sebarang penyataan atau tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang diperlukan?
    Salah penyataan atau tidak mendedahkan maklumat material akan menyebabkan pembatalan sijil, atau tuntutan anda tidak dibayar. Untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang tidak diingini tersebut berlaku, anda dikehendaki menyatakan dengan sepenuhnya semua maklumat yang relevan, termasuk keadaan perubatan dan umur dengan tepat.
     

  1. Apakah itu Had Tahunan?
    Had tahunan adalah had kelayakan maksimum bagi anda membuat tuntutan perbelanjaan perubatan dalam setiap tahun sijil. Had tahunan akan diperbaharui bagi setiap tahun sijil.
     
  2. Apa perlu saya lakukan sekiranya saya tidak mempunyai had tahunan yang cukup untuk membayar caj hospital?
    Anda perlu membayar perbezaan antara had kelayakan tahunan dan caj perubatan. Had tahunan akan diperbaharui selepas ulang tahun sijil.
     
  3. Apakah itu Deduktibel?
    Deduktibel adalah amaun perbelanjaan penghospitalan yang perlu ditanggung oleh anda bagi setiap penghospitalan sebelum kami membayar apa-apa manfaat.
     
  4. Mengapa sumbangan saya lebih murah jika saya memilih pelan deduktibel?
    Sumbangan akan menjadi lebih murah kerana anda perlu menanggung sesetengah perbelanjaan penghospitalan yang layak bagi setiap penghospitalan.
     
  5. Bilakah saya perlu memilih pelan perubatan dengan deduktibel ataupun tanpa deduktibel?
    ‚Äč
    • Dengan memilih Deduktibel
      Jika pelan perubatan anda yang sedia ada atau perlindungan oleh majikan adalah tidak mencukupi, pelan ini akan melengkapi kekurangan pelan perubatan yang sedia ada dengan memberi tambahan perlindungan perubatan.
       
    • Tidak memilih Deduktibel
      Jika anda tiada sebarang perlindungan perubatan.
       
  6. Jika saya menyertai pelan ini dengan RM1,000 deduktibel, bagaimana ia berfungsi?
    Anda perlu membayar perbelanjaan perubatan dan pembedahan yang layak sebanyak RM1,000 bagi setiap penghospitalan. Kami akan membayar lebihan perbelanjaan layak selepas potongan RM1,000 yang pertama.
Contoh 1: Perbelanjaan Penghospitalan 
Perbelanjaan Penghospitalan yang layak = RM10,000
Amaun deduktibel bagi setiap kemasukan hospital = RM1,000 
Amaun yang dibayar oleh Anda = RM1,000
Amaun yang dibayar oleh Kami = RM10,000 – RM1,000 = RM9,000
 
Contoh 2: Manfaat-manfaat Pesakit Luar (Kelayakan Manfaat-manfaat Pesakit Luar adalah tidak tertakluk kepada deductible)
Manfaat-manfaat Pesakit Luar yang layak = RM800
Amaun yang dibayar oleh Anda = RM0
Amaun yang dibayar oleh Kami (secara pembayaran balik) = RM800

  1. Bagaimanakah jumlah sumbangan ditentukan?
    Anda akan dicaj amaun sumbangan tertentu berdasarkan kepada jenis pelan, pilihan deduktibel, pekerjaan dan umur yang telah dicapai pada tarikh permulaan . Sumbangan akan meningkat mengikut umur yang telah dicapai anda. Anda perlu membayar sumbangan sehingga umur 80 tahun. Kadar sumbangan adalah tidak dijamin dan Kami berhak untuk mengubah kadar sumbangan dengan memberikan notis 30 hari lebih awal.
     
  2. Bagaimanakah untuk membayar dan apakah frekuensi pembayaran sumbangan bagi sijil ini?
    Anda boleh membayar sumbangan melalui kad kredit/kad debit. Anda boleh memilih untuk membayar sumbangan secara bulanan atau tahunan. Anda boleh meneruskan bayaran sumbangan melalui kad kredit/kad debit, atau bertukar kepada akaun simpanan bank untuk membayar sumbangan seterusnya.
     
  3. Bagaimanakah saya boleh menukar kad kredit/debit yang digunakan bagi penolakan sumbangan?
    Anda boleh datang ke mana-mana cawangan kami dan mengisi borang Permohonan Pertukaran, dan borang Pembayaran Sumbangan melalui kad Visa/Master.
     
  4. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar sumbangan?
    Terdapat tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh sumbangan perlu dibayar yang diberikan kepada anda untuk membayar sumbangan. Anda masih dilindungi sepanjang tempoh tangguh. Jika sumbangan yang diperlukan tidak dibayar di dalam tempoh tangguh, sijil anda mungkin luput selepas itu dan anda tidak akan berhak ke atas manfaat sijil sekiranya berlaku kejadian yang dilindungi (Manfaat-manfaat Pesakit Dalam & Pembedahan Balik Hari dan Manfaat-manfaat Pesakit Luar).
     
  5. Bolehkah saya mengakses pelan perubatan sekiranya saya lupa membayar Sumbangan?
    Jika anda terlepas membuat pembayaran sumbangan dan sijil anda belum luput , anda mungkin boleh mengakses pelan perubatan ini, tetapi, anda mungkin mengalami gangguan semasa proses pelepasan hospital dan anda perlu membayar balik sumbangan yang matang.
     
  6. Adakah saya layak untuk menikmati pelepasan cukai ke atas sumbangan yang dibayar?
    Anda boleh menggunakan sumbangan Takaful Keluarga yang dibayar bagi pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai semasa Malaysia dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

  1. Adakah saya layak menerima lebihan pengunderaitan?
    Kami akan menentukan lebihan atau defisit pengunderaitan secara tahunan. 50% daripada lebihan akan dibayar kepada kami untuk mengendali dan menguruskan Dana Risiko Peserta (DRP) manakala 50% lagi akan dikongsi di antara peserta-peserta yang sijilnya masih berkuat kuasa dan tidak membuat sebarang tuntutan manfaat takaful dalam tahun kewangan tersebut.

    Perkongsian lebihan yang diagihkan kepada peserta adalah terkumpul dalam dana berasingan. 85% daripada keuntungan pelaburan dana berasingan akan dikongsi di kalangan para peserta, yang mana sijilnya masih berkuatkuasa, dan baki 15% akan dibayar kepada Kami berasaskan kontrak Mudarabah. Jumlah terkumpul bagi dana berasingan tersebut akan dibayar bersama dengan manfaat, pada tarikh tamat tempoh sijil, atau jika diminta oleh peserta pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh sijil dengan syarat amaun yang diminta adalah sekurang-kurangnya RM500.
 

  1. Bolehkah saya menaik taraf pelan saya?
    Anda boleh menaik taraf pelan anda ke pelan Bilik dan Makanan yang lebih tinggi, tertakluk kepada keputusan pengunderaitan kami.
     
  2. Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan sijil?
    Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 15 hari selepas sijil diterima oleh anda. Kami akan mengembalikan sumbangan yang diterima kepada anda. Tiada sumbangan akan dikembalikan sekiranya sebarang tuntutan telah dibuat.

    Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan sijil anda selepas 15 hari, anda layak menerima lebihan yang diagihkan yang terkumpul, jika ada, dan pengembalian sebahagian sumbangan berdasarkan jadual berikut:
     
    Tempoh Tidak Melebihi Pengembalian Sumbangan Tahunan
    15 hari (pembaharuan sahaja) 90%
    1 bulan 80%
    2 bulan 70%
    3 bulan 60%
    4 bulan 50%
    5 bulan 40%
    6 bulan 30%
    7 bulan 25%
    8 bulan 20%
    9 bulan 15%
    10 bulan 10%
    11 bulan 5%
    Tempoh melebihi 11 bulan Tiada bayaran balik

    Nota: Tiada pengembalian Sumbangan bagi kes bayaran bulanan.
     
  3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya kehilangan atau tidak menerima dokumen sijil? Atau jika saya perlu mengemaskini maklumat peribadi dan butiran perhubungan?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my atau menghubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.

  1. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku (Manfaat-manfaat Pesakit Luar)?
    • Jika anda memilih hospital panel:
      Kad perubatan tidak diperlukan bagi kemasukan hospital, anda hanya perlu menunjukkan kad pengenalan dan memaklumkan pihak hospital yang anda dilindungi oleh Etiqa. Kami akan membayar perbelanjaan penghospitalan yang layak tertakluk kepada pelan had tahunan yang anda sertai. Bagi pelan deduktibel, anda perlu membayar perbelanjaan yang layak sehingga amaun deduktibel bagi setiap kemasukan hospital sebelum kami membayar baki perbelanjaan yang layak.
       
    • Jika anda memilih hospital bukan panel:
      Anda perlu membayar semua perbelanjaan penghospitalan sebelum dibenarkan keluar dari hospital. Hantar senarai dokumen yang diperlukan kepada Etiqa untuk pembayaran balik perbelanjaan penghospitalan yang layak dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar dari hospital.

      Untuk keterangan lanjut, muat turun Panduan Tuntutan. Senarai hospital panel boleh didapati di dalam panduan tuntutan ini. Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.
       
  2. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku (Manfaat-manfaat Pesakit Luar)?
    Anda dikehendaki membayar perbelanjaan pesakit luar. Hantar senarai dokumen yang diperlukan untuk Etiqa membuat bayaran balik perbelanjaan pesakit luar yang layak dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar dari hospital.

    Untuk keterangan lanjut, muat turun Panduan Tuntutan. Senarai hospital panel boleh didapati di dalam panduan tuntutan ini. Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.

  1. Adakah terdapat sebarang pemeriksaan perubatan?
    Tiada sebarang pemeriksaan perubatan yang diperlukan. Permohonan anda sama ada diterima atau ditolak berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan.

  1. Bagaimanakah saya akan mendapatkan pengesahan bagi permohonan saya? Bilakah pelan perlindungan ini akan bermula?
    Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta-merta melalui laman web kami. Perlindungan akan bermula pada hari permohonan diterima beserta pembayaran, dengan dokumen sijil dan resit pembayaran dihantar melalui e-mel kepada anda.
     
  2. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my  atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888 untuk maklumat lanjut. Live Chat 24-jam juga boleh didapati di laman web kami untuk sebarang pertanyaan.

Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (266243-D)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).
Pelan ini adalah pelan perlindungan tulen dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kejadian tertentu. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara.