Layanan Adil Kepada Pengguna

Pelanggan yang dihormati,

 

Selaras dengan dokumen polisi Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia, mungkin terdapat pindaan kepada versi cetakan semula dokumen polisi/sijil anda pada masa hadapan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022.

 

Pindaan ini merangkumi semangat kesaksamaan, dan ianya bermanfaat kepada anda kerana ia memastikan bahawa terma dan syarat standard adalah adil kepada anda, dinyatakan dalam bahasa yang mudah, dikemukakan dalam cara yang mudah dibaca dan ringkas, dan terma tersebut yang mengenakan kewajipan ke atas anda diberi keutamaan yang sewajarnya.

 

Sila ambil perhatian bahawa terma adil yang dipinda hanya terpakai jika terdapat klausa yang serupa seperti yang dinyatakan di bawah dalam dokumen polisi/sijil anda.

 

Klausa Had Sekatan dan Pengecualian yang baharu telah dimasukkan dan akan digunakan untuk semua dokumen polisi/sijil untuk mematuhi undang-undang dan peraturan sekatan.

 

Semua peruntukan, terma dan syarat-syarat yang sedia ada serta manfaat polisi/dokumen sijil anda akan kekal tidak berubah.

 

Sila rujuk kepada ringkasan terma-terma yang dipertingkatkan untuk dokumen polisi/ sijil anda di bawah.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Etiqa kami di 1300 13 8888.

Layanan Adil Kepada Pengguna Dokumen

Ketahui lebih lanjut tentang kepentingan dan kesejahteraan kewangan anda.

EtiqaQR