Insurans e-CancerCare

Kanser boleh memusnahkan impian anda dan menyebabkan kesan negatif seperti tekanan emosi dan masalah kewangan. Pelan e-CancerCare dari Etiqa akan membantu meringankan beban untuk kos rawatan kanser, supaya anda boleh memberikan tumpuan untuk melawan penyakit ini dengan tawaran Fast & Easy kami.
 

Ringkasan Perlindungan

 
Peringkat Kanser Bayaran Tunai
Kanser Peringkat Awal 30% daripada jumlah yang diinsuranskan untuk penyakit dibawah:
  • Karsinoma in situ
  • Kanser pundi awal
  • Leukemia limfositik kronik awal
  • Kanser prostat awal
  • Kanser tiroid awal
Kanser Utama
  • 100% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sepenuhnya sekiranya tiada tuntutan untuk Manfaat Kanser Peringkat Awal dibuat.
  • 70% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sekiranya Manfaat Kanser Peringkat Awal telah dituntut.
Kanser Peringkat Akhir
  • 150% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sepenuhnya sekiranya tiada tuntutan untuk Manfaat Kanser Peringkat Awal dibuat.
  • 120% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sekiranya Manfaat Kanser Peringkat Awal telah dituntut.

Manfaat Utama

Bayaran Tunai Awal
Bayaran tunai sebanyak 30% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar terus kepada anda untuk manfaat kanser peringkat awal, termasuk karsinoma in situ.
Bayaran Tunai Sekaligus
Bayaran sekaligus sebanyak 150% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar terus kepada anda apabila didiagnosis menghidap kanser peringkat akhir.
Kelulusan serta-merta
Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Anda perlu menjawab satu soalan berkaitan kesihatan untuk perlindungan serta-merta.
Berpatutan
Dapatkan perlindungan kanser yang menyeluruh dari serendah 21 sen sehari.

Perangi kanser dengan Etiqa's e-CancerCare sekarang

Bantuan & Sokongan

Muat Turun

Soalan-soalan Lazim

  1. Apakah e-CancerCare? Apakah perlindungan yang ditawarkan?
    e-CancerCare ialah satu pelan perlindungan tulen yang melindungi kanser dari peringkat awal hingga peringkat akhir, sehingga 20 tahun. Produk ini tidak menyediakan sebarang elemen simpanan atau pelaburan. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk atau Ilustrasi Jualan bagi pengecualian-pengecualian, terma dan syarat manfaat yang terperinci.
     
  2. Siapakah yang sesuai membeli produk ini?
    Produk ini sesuai bagi dewasa yang mencari pelan perlindungan kanser. Satu jumlah wang akan dibayar sewaktu diagnosis kanser. Orang yang diinsuranskan boleh menggunakan wang tersebut untuk rawatan perubatan, atau untuk perbelanjaan hidup sempena menerima rawatan.
     
  3. Bagaimanakah saya boleh membeli pelan ini? Bolehkah saya mendapatkannya melalui ejen?
    Anda boleh membeli pelan ini melalui laman web kami. Ini adalah produk di atas talian dan tidak dijual oleh ejen kami. Tiada komisen dikenakan bagi pelan ini.

  1. Siapakah yang layak membeli pelan ini?
    Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 (umur pada hari lahir berikutnya) layak untuk membeli, tertakluk kepada memenuhi tahap kesihatan minimum kami.
     
  2. Bolehkan warga asing membeli pelan ini?
    Pelan ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 (umur pada hari lahir berikutnya).
     
  3. Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu polisi?
    Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi. Walau bagaimanapun, jumlah yang diinsuranskan bagi kesemua polisi anda dibawah produk ini mestilah tidak melebihi had yang dibenarkan oleh kami.
     
  4. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat salah nyataan atau tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang diperlukan?
    Salah nyataan atau tidak mendedahkan maklumat material akan menyebabkan pembatalan kontrak, atau tuntutan tidak dibayar. Untuk membantu kami membuat keputusan yang tepat dalam menerima permohonan anda, anda dikehendaki menyatakan dengan sepenuhnya semua maklumat yang relevan, termasuk keadaan perubatan dan umur dengan betul.

  1. Berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan dan berapa lama tempoh perlindungan pelan ini?
    Ini adalah pelan yang fleksibel dimana anda boleh memilih jumlah yang diinsuranskan serendah RM20,000 atau apa-apa jumlah yang lebih tinggi bagi setiap RM10,000, tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh kami. Anda boleh memilih tempoh perlindungan minimum selama 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun.
     
  2. Bagaimanakah jumlah premium ditentukan?
    Anda akan dicaj jumlah tertentu tertakluk kepada umur anda, jantina, jumlah yang diinsuranskan dan tempoh polisi yang dipilih semasa permohonan. Premium akan meningkat pada hari pertama tahun polisi yang berikutnya, mengikut umur yang dicapai anda. Kadar Premium adalah tidak dijamin dan Kami untuk mengubah kadar Premium dengan memberikan notis 3 bulan lebih awal.
     
  3. Bolehkan saya menambah atau mengurangkan jumlah yang diinsuranskan bagi polisi saya?
    Mengubah jumlah yang diinsuranskan adalah dibenarkan selepas polisi bermula, tertakluk kepada keputusan pengunderaitan kami. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk polisi tambahan bagi menikmati jumlah yang diinsuranskan yang lebih tinggi, tertakluk kepada had bagi jumlah yang diinsuranskan yang dibenarkan oleh kami serta terma dan syarat lain yang diguna pakai.
     
  4. Bagaimanakah cara untuk membayar dan apakah frekuensi pembayaran premium bagi polisi ini?
    Anda boleh membayar premium melalui kad kredit atau kad debit. Anda boleh memilih untuk membayar premium secara bulanan atau tahunan. Anda boleh teruskan bayaran premium melalui kad kredit/kad debit atau bertukar kepada akaun bank simpanan untuk membayar premium pembaharuan.
     
  5. Bagaimanakah saya boleh menukar kad kredit/debit yang digunakan bagi penolakan premium?
    Anda boleh datang ke mana-mana cawangan kami dan isi borang Permohonan Pertukaran, dan borang Pembayaran Premium melalui Visa/Master Card.
     
  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar premium?
    Terdapat tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh premium perlu dibayar yang diberikan kepada anda untuk membayar premium. Anda masih dilindungi di dalam tempoh tangguh. Jika premium yang perlu dibayar tidak dibayar di dalam tempoh tangguh, polisi anda mungkin luput dan anda tidak akan berhak ke atas manfaat polisi sekiranya berlaku kejadian yang dilindungi (kanser peringkat awal, kanser utama atau kanser peringkat akhir).
     
  7. Adakah saya layak menikmati pelepasan cukai ke atas premium yang dibayar?
    Anda boleh menggunakan premium insurans hayat yang dibayar bagi pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

  1. Adakah pemeriksaan perubatan diperlukan?
    Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Permohonan anda akan diterima atau ditolak berdasarkan keperluan yang telah ditentukan oleh kami.

  1. Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan polisi?
    Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 15 hari selepas polisi diterima oleh anda. Kami akan mengembalikan premium yang diterima kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan polisi anda selepas 15 hari, anda tidak akan mendapat sebarang nilai serahan.
     
  2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya kehilangan atau tidak menerima dokumen polisi? Atau jika saya perlu mengemaskini maklumat peribadi dan butiran perhubungan?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.

  1. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku (diagnosis kanser peringkat awal, kanser utama atau kanser peringkat akhir)?
    Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.
     
  2. Apakah yang akan saya terima di akhir tempoh polisi jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi?
    Ini adalah pelan insurans yang tidak mempunyai manfaat matang.

  1. Bagaimanakah saya akan mendapatkan pengesahan bagi permohonan saya? Bilakah pelan perlindungan ini akan bermula?
    Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta merta melalui laman web. Perlindungan akan bermula pada hari permohonan diterima beserta pembayaran, dengan dokumen polisi dan resit pembayaran dihantar melalui e-mel kepada anda.
     
  2. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my, hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888, atau layari laman web kami di www.etiqa.com.my untuk maklumat lanjut. Live Chat 24-jam juga boleh didapati di laman web kami untuk sebarang pertanyaan.

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (1239279-P)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia)
Pelan ini adalah pelan perlindungan tulen dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kejadian tertentu. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara.