Insurans Kenderaan Komersial

Kejadian yang tidak diingini boleh mengganggu operasi perniagaan dan memberikan kesan kepada anda dari segi kewangan. Pelan Insurans Kenderaan Komersial dari Etiqa melindungi kenderaan komersial anda sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan akibat kebakaran atau kecurian dan memberikan perlindungan untuk kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Manfaat Utama

Perlindungan untuk kenderaan komersial anda
Perlindungan untuk kenderaan komersial anda
Bayaran sekaligus untuk menampung kerugian atau kerosakan kenderaan anda akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran.
Perlindungan untuk kecederaan atau kematian pihak ketiga
Perlindungan untuk kecederaan atau kematian pihak ketiga
Melindungi anda apabila berlaku kematian atau kecederaan badan orang lain akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan komersial anda.
Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga
Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga
Melindungi anda apabila berlaku kehilangan atau kerosakan harta benda akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan komersial anda.
Perlindungan untuk Kos Perundangan
Perlindungan untuk Kos Perundangan
Bayaran sehingga RM2,000 untuk caj undang-undang yang dikenakan.

Pilihan Tambahan Untuk Perlindungan Menyeluruh

Insurans Kemalangan Diri Komersial

Perlindungan kemalangan diri yang komprehensif untuk pemandu & pembantu pemandu kenderaan hanya serendah RM0.70 sehari.

Cermin depan, tingkap & pelindung matahari

Perlindungan manfaat NCD anda semasa menuntut kehilangan atau kerosakan pada cermin depan, tingkap & pelindung matahari.

Kerosakan disebabkan oleh bahaya cuaca

Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan kenderaan komersial anda akibat banjir, ribut dan lain-lain.

Pampasan untuk Masa Pembaikan yang Dianggarkan

Pampasan akan diberikan semasa kenderaan komersial anda dibaiki di bengkel akibat kemalangan.

Aksesori Kenderaan

Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan aksesori kenderaan akibat kemalangan.

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa General Insurance Berhad (197001000276)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR