Kempen Perlindungan Takaful Pengecas Rumah EV PERCUMA
Eligibility
Jenis Kenderaan
Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri (BEV) atau Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) yang digunakan untuk tujuan persendirian.
Umur Kenderaan
0 – 1 tahun (Tidak tertakluk untuk kenderaan terpakai)
Enhance your coverage with add-ons
Tambahan perlindungan Takaful Pengecas Rumah Kenderaan Elektrik (EV)
Manfaat tambahan perlindungan Takaful Pengecas Rumah EV Etiqa menyediakan pembayaran balik daripada RM5,000 sehingga RM12,000 untuk menggantikan atau membaiki pengecas rumah EV anda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat:
Kecurian
Api
Banjir
Kilat
Letupan
Taufan, ribut angin, gempa bumi
Pesawat dan peranti udara atau barang yang dijatuhkan daripada pesawat
Kerosakan akibat kenderaan jalan raya
Tangki air, radas atau paip yang pecah atau melimpah
- Buat laporan polis dalam masa dua puluh empat (24) jam selepas kejadian,
- Serahkan salinan laporan polis, dan
- Serahkan invois/resit asal untuk perbelanjaan pembaikan dengan memperincikan nama syarikat pemasang.
- Perlindungan Pengecas Rumah EV tambahan yang PERCUMA ini dibuka untuk pendaftaran sehingga 31 Disember 2025, dan perlindungan akan aktif untuk tempoh 1 tahun polisi Insurans Motor.
- Tawaran Perlindungan Pengecas Rumah EV PERCUMA ini boleh didapati melalui cawangan-cawangan Etiqa dan Maybank, ejen Insurans Am kami atau Etiqa Oneline di talian 1 300 139139.
- Perlindungan adalah terhad kepada satu (1) kejadian dalam tempoh pelan Insurans.
- Tertakluk kepada terma dan syarat.