Kereta rendah karbon, perlindungan nilai tinggi

Di Etiqa, kami memahami kepentingan mobiliti mesra alam dan menyediakan perlindungan untuk memenuhi keperluan anda. Pelan ini akan memastikan kenderaan elektrik (EV) anda kekal selamat, terjamin, serta meminimumkan penggunaan karbon kereta anda. Jom bersama kami dan nikmati pelbagai manfaat yang tersedia untuk anda.

Dapatkan diskaun 10% untuk Insurans/Takaful Tesla Ensure bagi kereta Tesla baru yang berdaftar sebelum 30 Jun 2024.‚Äč

Dapatkan Sebut Harga

Untuk mendapatkan sebut harga atau sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan Maybank Auto Finance Centre atau hubungi Maybank Group Customer Care di talian 1300 88 6688 atau Etiqa Oneline Sales di talian 1300 139 139.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari
maybank.my/tesla
www.tesla.com/en_my

MANFAAT TAMBAHAN PERCUMA UNTUK KERETA TESLA DENGAN TESLA ENSURE

Pertama di Malaysia
Perlindungan Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di Rumah
Perlindungan sehingga RM12,000 sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan
1X Bayaran Tunai RM1,500 untuk Elaun Pelepasan Khas
Pembayaran tunai sekiranya berlaku kerugian sepenuhnya atau kecurian
Sehingga RM1,500 untuk Elaun Pelepasan Banjir
Bayaran tunai untuk kerosakan pada kenderaan anda akibat banjir
Sehingga RM18,000 bagi Perlindungan Kemalangan Diri (untuk Orang yang Diinsuranskan/Orang yang Dilindungi)
Perlindungan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan
Manfaat Ihsan RM1,000
Bayaran sekali gus sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan kepada orang yang diinsuranskan/orang yang dilindungi
100% Penggantian Alat Gantian Asli
Tiada caj tambahan untuk penggantian alat ganti yang rosak akibat kemalangan
Pandu Kurang Lebih Jimat
Manfaat tambahan percuma dengan rebat tunai sehingga 30%
Tundaan Kecemasan Percuma 24/7 sehingga 200km
Sekiranya berlaku kerosakan kereta, kemalangan atau bateri kereta anda sudah tiada caj. 
(Untuk kejadian bateri kering, penundaan ke stesen pengecas yang terdekat, tertakluk kepada 3X sepanjang tempoh polisi/sijil)
Tiada Ekses
Tanpa bayaran tunai untuk sebarang tuntutan kerosakan kereta anda.
Perlindungan untuk Pemandu yang dibenarkan memandu
Semua pemandu yang dibenarkan memandu kereta akan dilindungi secara automatik

Manfaat Tambahan Yang Disyorkan

Dapatkan lebih perlindungan dengan tambahan premium / sumbangan

Pertama di Malaysia
Perlindungan Kabel Pengecas Mudah Alih
Perlindungan sehingga RM2,000 untuk kecurian, kebakaran dan kerosakan akibat kemalangan kepada pengecas mudah alih
Perkhidmatan penundaan tanpa had dengan bayaran tambahan RM15
Dapatkan perkhidmatan penundaan tanpa had pada bila-bila masa, di mana sahaja sekiranya berlaku kerosakan kereta atau kemalangan dengan bayaran tambahan sebanyak RM15
Perlindungan untuk Penggantian Kunci Pintar
Pembayaran tunai sehingga RM3,000 untuk penggantian kunci pintar kereta sekiranya mengalami kerosakan atau kehilangan akibat kecurian, rompakan atau pecah masuk rumah
Perlindungan Cermin Kereta
Perlindungan untuk kerosakan pada cermin depan dan keseluruhan cermin kenderaan
Peril Khas
Perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh banjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penenggelaman atau penenggelaman tanah/bumi atau malapetaka alam yang lain

Kelayakan

Untuk model Tesla baharu yang dibeli daripada Tesla Malaysia

Panduan Tuntutan Kereta

Hubungi
Tuntutan Careline: 1-300-88-1007
Emel
Tuntutan Careline: claims@etiqa.com.my
Whatsapp
No. Whatsapp: +60327804677
Pautan Whatsapp: eti.qa/whatsapp
Imbas Kod QR atau klik pada nombor di atas untuk membuat tuntutan.

Muat Turun

%>
EtiqaQR