Insurans Ezy-Life Secure

Ezy-Life Secure merupakan pelan insurans hayat bertempoh yang mudah, mampu dimilik dan fleksibel mengikut keperluan anda. Anda boleh memilih tempoh dan jumlah pelan yang dibayar jika berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Tambahan pula, lebih awal anda bermula, lebih murah premium anda.

Apa Yang Disertakan

  • Manfaat Kematian
  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
  • Umur layak dari 16 tahun sehingga atau sebelum tarikh lahir ke 60
  • Tiada pemeriksaan perubatan
  • Perlindungan yang fleksibel

Manfaat Utama

Manfaat Kematian atau Hilang Upaya
Manfaat dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit
Premium Tetap
Jumlah premium berkala yang dibayar adalah tetap hingga akhir tempoh polisi
Tempoh Manfaat yang Fleksibel
Anda boleh memilih tempoh pelan dari minimum 5 tahun hingga ulang tahun polisi sebelum mencapai umur ke-80 mengikut keperluan dan kemampuan anda.
Frekuensi Premium yang Fleksibel
Pilihan frekuensi pembayaran premium secara bulanan atau tahunan.

 
Mulakan perancangan untuk masa depan hari ini

Bantuan dan Sokongan

Ketahui apa yang dilindungi oleh Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Bertempoh

Apa kata pelanggan kami

Saya mendapat tahu mengenai Ezy-Life Secure semasa melayari laman web Etiqa. Saya sangat tertarik dengan jumlah perlindungan yang tinggi dan fleksibel untuk saya memilih jangka masa perlindungan saya. Pembelian pelan insurans ini sangat mudah, dengan hanya beberapa klik sahaja saya sudah dilindungi. Untuk penambahbaikan, mungkin Etiqa boleh menyediakan bantuan atas talian bagi menjelaskan maksud sesetengah istilah insurans. Secara keseluruhannya, pengalaman yang baik.

Amiruddin Bin Ahmad
Membeli Ezy-Life Secure pada 17 Januari 2017

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (1239279-P)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia)
Pelan ini adalah pelan perlindungan tulen dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kejadian tertentu. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara.