Takaful Hadiyyah Takafulink

Simpanan bukanlah jaminan untuk kesenangan masa depan – tetapi, ia adalah sesuatu yang amat penting untuk anda dan keluarga. Dengan Hadiyyah Takafulink, pelan takaful berkaitan pelaburan dan Takafulink Savings Flexi, manfaat simpanan tambahan (sumbangan berbayar), anda akan menerima ganjaran bayaran tunai tambahan. Anda dapat meningkatkan simpanan anda dari pendidikan dan persaraan sehingga detik indah bersama keluarga serta dapat memberikan Hibah kepada keluarga anda.

Manfaat Utama

Kelulusan Dijamin
Semua permohonan adalah dijamin lulus untuk jumlah yang dilindungi sehingga RM200,000.*
Bayaran Tunai Tahunan
Bayaran tunai tahunan pada akhir tahun ke-3 sijil sehingga sijil matang.*
Bayaran Matang
Bayaran matang sehingga 150% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sebarang sumbangan tambah nilai).*
Manfaat Aqiqah, Khatam & Qurban
Bayaran tunai sebanyak 10% dari sumbangan asas tahunan pada akhir tahun ke-5 sijil untuk majlis Aqiqah/Qurban dan penyempurnaan bacaan Al-Quran (Khatam)/Qurban pada akhir tahun ke-10 sijil.*
Perlindungan Kematian & HUMK
Bayaran untuk perlindungan kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
Hibah
Hadiahkan manfaat sijil anda kepada orang yang tersayang sekiranya berlaku kematian.
Tempoh Pembayaran Sumbangan dan Tempoh Sijil Fleksibel
Terdapat 6 pilihan pelan dengan tempoh pembayaran minimum dari 8 tahun dan perlindungan jangka panjang sehingga 30 tahun.

*Manfaat untuk Takafulink Savings Flexi.
Nota: Manfaat utama di atas adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

Ketahui apa itu Takaful Berkaitan Pelaburan

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (199301011506)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia).