e-CancerCare Takaful

Kanser boleh memusnahkan impian anda dan menyebabkan kesan negatif seperti tekanan emosi dan masalah kewangan. Pelan e-CancerCare Takaful dari Etiqa akan membantu meringankan beban untuk kos rawatan kanser, supaya anda boleh memberikan tumpuan untuk melawan penyakit ini dengan tawaran Fast & Easy kami.
 

Ringkasan Perlindungan

 
Peringkat Kanser Bayaran Tunai
Kanser Peringkat Awal 30% daripada jumlah yang dilindungi untuk penyakit dibawah:
  • Karsinoma in situ
  • Kanser pundi awal
  • Leukemia limfositik kronik awal
  • Kanser prostat awal
  • Kanser tiroid awal
Kanser Utama
  • 100% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sepenuhnya sekiranya tiada tuntutan untuk Manfaat Kanser Peringkat Awal dibuat.
  • 70% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya Manfaat Kanser Peringkat Awal telah dituntut.
Kanser Peringkat Akhir
  • 150% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sepenuhnya sekiranya tiada tuntutan untuk Manfaat Kanser Peringkat Awal dibuat.
  • 120% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya Manfaat Kanser Peringkat Awal telah dituntut.

Manfaat Utama

Bayaran Tunai Awal
Bayaran tunai sebanyak 30% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar terus kepada anda untuk manfaat kanser peringkat awal, termasuk karsinoma in situ.
Bayaran Tunai Sekaligus
Bayaran sekaligus sebanyak 150% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar terus kepada anda apabila didiagnosis menghidap kanser peringkat akhir.
Kelulusan serta-merta
Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Anda perlu menjawab satu soalan berkaitan kesihatan untuk perlindungan serta-merta.
Berpatutan
Dapatkan perlindungan kanser yang menyeluruh dari serendah 21 sen sehari.

Sumbangan akan dinaikkan pada hari pertama tahun sijil berikutnya, mengikut umur anda semasa anda mendapatkan sijil. Manfaat tertakluk kepada terma & syarat. Sila rujuk bahagian muat turun di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Perangi kanser dengan e-CancerCare Takaful sebelum terlewat

Mohon Online

Bantuan & Sokongan

Soalan-soalan Lazim

  1. Apakah e-CancerCare Takaful? Apakah perlindungan yang ditawarkan?
    e-CancerCare Takaful ialah satu pelan perlindungan tulen yang melindungi kanser dari peringkat awal hingga peringkat akhir, sehingga 20 tahun. Produk ini tidak menyediakan sebarang elemen simpanan atau pelaburan.  Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk atua Ilustrasi Pemasaran bagi pengecualian-pengecualian, terma dan syarat manfaat yang terperinci.
     
  2. Siapakah yang sesuai untuk menyertai produk ini?
    Produk ini sesuai bagi dewasa yang mencari pelan perlindungan kanser. Satu jumlah wang akan dibayar sewaktu diagnosis kanser. Orang yang dilindungi boleh menggunakan wang tersebut untuk rawatan perubatan, atau untuk perbelanjaan hidup sempena menerima rawatan.
     
  3. Bagaimanakah saya boleh menyertai pelan ini? Bolehkah saya mendapatkannya melalui ejen?
    Anda boleh menyertai pelan ini melalui laman web kami. Ini adalah produk di atas talian dan tidak ditawar oleh ejen kami. Tiada komisen dikenakan bagi pelan ini.

  1. Siapakah yang layak untuk menyertai pelan ini?
    Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 (umur pada hari jadi berikutnya) layak untuk menyertai, tertakluk kepada memenuhi tahan kesihatan minimum kami.
     
  2. Bolehkan warga asing menyertai pelan ini?
    Pelan ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 dan 55 (umur pada hari jadi berikutnya).
     
  3. Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu sijil?
    Ya, anda boleh memiliki lebih daripada satu sijil. Walau bagaimanapun, jumlah yang dilindungi bagi kesemua sijil anda dibawah produk ini mestilah tidak melebihi had yang dibenarkan oleh kami.
     
  4. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat salah nyataan atau tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang diperlukan?
    Salah nyataan atau tidak mendedahkan maklumat material akan menyebabkan pembatalan kontrak, atau tuntutan tidak dibayar. Untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang tidak diingini tersebut, anda dikehendaki menyatakan dengan sepenuhnya semua maklumat yang relevan, termasuk keadaan perubatan dan umur dengan betul.

  1. Berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan dan berapa lama tempoh perlindungan pelan ini?
    Ini adalah pelan yang fleksibel dimana anda boleh memilih jumlah yang dilindungi serendah RM20,000 atau apa-apa jumlah yang lebih tinggi bagi setiap RM10,000, tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh kami. Anda boleh memilih tempoh perlindungan minimum selama 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun.
     
  2. Bagaimanakah jumlah sumbangan ditentukan?
    Anda akan dicaj jumlah tertentu tertakluk kepada umur anda, jantina, jumlah yang dilindungi dan tempoh sijil yang dipilih semasa permohonan. Sumbangan akan meningkat pada hari pertama tahun sijil yang berikutnya, mengikut umur yang dicapai anda. Kadar Sumbangan adalah tidak dijamin dan Kami untuk mengubah kadar Sumbangan dengan memberikan notis 3 bulan lebih awal.
     
  3. Bolehkan saya menambah atau mengurangkan jumlah yang dilindungi bagi sijil saya?
    Mengubah jumlah yang dilindungi adalah dibenarkan selepas sijil bermula, tertakluk kepada keputusan pengunderaitan kami. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk sijil tambahan bagi menikmati jumlah yang dilindungi yang lebih tinggi, tertakluk kepada had bagi jumlah yang dilindungi yang dibenarkan oleh kami serta terma dan syarat lain yang diguna pakai.
     
  4. Bagaimanakah cara untuk membayar dan apakah frekuensi pembayaran sumbangan bagi sijil ini?
    Anda boleh membayar sumbangan melalui kad kredit atau kad debit. Anda boleh memilih untuk membayar sumbangan secara bulanan atau tahunan. Anda boleh teruskan bayaran sumbangan melalui kad kredit/kad debit atau bertukar kepada akaun bank simpanan untuk membayar sumbangan pembaharuan.
     
  5. Bagaimanakah saya boleh menukar kad kredit/debit yang digunakan bagi penolakan sumbangan?
    Anda boleh datang ke mana-mana cawangan kami dan isi borang Permohonan Pertukaran, dan borang Pembayaran Sumbangan melalui Visa/Master Card.
     
  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar sumbangan?
    Terdapat tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh sumbangan perlu dibayar yang diberikan kepada anda untuk membayar sumbangan. Anda masih dilindungi di dalam tempoh tangguh. Jika sumbangan yang perlu dibayar tidak dibayar di dalam tempoh tangguh, sijil anda mungkin luput dan anda tidak akan berhak ke atas manfaat sijil sekiranya berlaku kejadian yang dilindungi (kanser peringkat awal, kanser utama atau kanser peringkat akhir).
     
  7. Adakah saya layak menikmati pelepasan cukai ke atas sumbangan yang dibayar?
    Anda boleh menggunakan sumbangan takaful keluarga hayat yang dibayar bagi pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

  1. Adakah pemeriksaan perubatan diperlukan?
    Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Permohonan anda akan diterima atau ditolak berdasarkan keperluan yang telah ditentukan oleh kami.

  1. Adakah saya layak menerima lebihan pengunderaitan?
    Kami akan menentukan lebihan atau defisit pengunderaitan secara tahunan. 50% daripada lebihan akan dibayar kepada kami untuk mengendali dan menguruskan Dana Risiko Peserta (DRP) manakala 50% lagi akan dikongsi di antara peserta-peserta yang sijilnya masih berkuat kuasa dan tidak membuat sebarang tuntutan manfaat takaful dalam tahun kewangan tersebut.

    Perkongsian lebihan yang diagihkan kepada peserta adalah terkumpul dalam dana berasingan. 85% daripada keuntungan pelaburan dana berasingan akan dikongsi di kalangan peserta-peserta, di mana sijilnya masih berkuat kuasa, dan baki 15% akan dibayar kepada Kami berasaskan kontrak Mudarabah. Jumlah terkumpul dana berasingan tersebut akan dibayar bersama dengan manfaat, pada tarikh tamat tempoh sijil, atau jika diminta oleh peserta pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh sijil dengan syarat amaun yang diminta adalah sekurang-kurangnya RM500.

  1. Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan sijil?
    Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 15 hari selepas sijil diterima oleh anda. Kami akan mengembalikan sumbangan yang diterima kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan sijil anda selepas 15 hari, anda berhak mendapat lebihan yang terkumpul daripada DRP, jika ada.
     
  2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya kehilangan atau tidak menerima dokumen sijil? Atau jika saya perlu mengemaskini maklumat peribadi dan butiran perhubungan?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.

  1. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku (diagnosis kanser peringkat awal, kanser utama atau kanser peringkat akhir)?
    Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888.
     
  2. Apakah yang akan saya terima di akhir tempoh sijil jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh sijil?
    Ini adalah pelan perlindungan tulen takaful yang tidak mempunyai manfaat matang.

  1. Bagaimanakah saya akan mendapatkan pengesahan bagi permohonan saya? Bilakah pelan perlindungan ini akan bermula?
    Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta merta melalui laman web. Perlindungan akan bermula pada hari permohonan diterima beserta pembayaran, dengan dokumen sijil dan resit pembayaran dihantar melalui e-mel kepada anda.
     
  2. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my, hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888, atau layari laman web kami di www.etiqa.com.my untuk maklumat lanjut. Live Chat 24-jam juga boleh didapati di laman web kami untuk sebarang pertanyaan.

Muat Turun

Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (266243-D)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).
Pelan ini adalah pelan perlindungan tulen dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kejadian tertentu. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara.

EtiqaQR