Got into an accident?Notify us as soon as you can. Call 1800-88-6491 or view our Accident Guide.

Etiqa Logo

Insurans Motosikal Komprehensif

Product Banner

Nikmati setiap perjalanan dengan lebih yakin

Setiap perjalanan membawa tujuan yang berbeza. Sama ada untuk urusan harian, perjalanan hujung minggu atau pulang berjumpa insan tersayang, pastikan motosikal anda sentiasa dilindungi.Insurans Motosikal Komprehensif Etiqa membantu melindungi motosikal anda daripada kemalangan, kebakaran dan kecurian. Anda juga dilindungi sekiranya berlaku liabiliti kepada pihak ketiga. Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh menambah manfaat tambahan mengikut keperluan anda.

Kenapa Etiqa menjadi pilihan

Bayaran ansuran bulanan dengan faedah 0%

Nikmati kemudahan bayaran ansuran bulanan menggunakan Kad Kredit Maybank. Pilih pelan ansuran selama 6 atau 12 bulan dengan kadar faedah 0%. Sah untuk pendaftaran bernilai RM500 dan ke atas.

Bantuan 24 jam tepi jalan tersedia jika diperlukan

Jika anda terlibat dalam kemalangan atau memerlukan bantuan di tepi jalan, Etiqa sentiasa bersedia untuk membantu anda. Sila tekan butang Help dalam aplikasi Etiqa+ atau hubungi talian bantuan kami untuk mendapatkan bantuan.

Perlindungan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda

Setiap penunggang mempunyai keperluan yang berbeza. Dengan Etiqa, anda boleh menambah manfaat tambahan mengikut keperluan dan jenis motosikal anda.

Terokai MyRider untuk motosikal 249cc dan ke bawah, atau MyRider Plus untuk motosikal 250cc dan ke atas.

Terokai Sekarang
Nota: Semua yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada terma dan syarat. Sila rujuk Kontrak Polisi atau dokumen perlindungan tambahan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

Apakah perlindungan tersedia untuk insurans motosikal anda

Kehilangan atau kerosakan pada motosikal anda

Motosikal anda dilindungi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat:

Kemalangan, perlanggaran atau motosikal terbalik

Kebakaran, letupan atau petir

Pecah masuk, rompakan atau kecurian

Perbuatan khianat

Kerosakan akibat objek yang jatuh, tertakluk pada syarat polisi

Perlindungan terhad semasa motosikal anda dihantar melalui jalan raya, kereta api, laluan air atau feri antara Pulau Pinang dan tanah besar

Kecederaan atau kerosakan kepada pihak ketiga

Jika motosikal anda menyebabkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda kepada pihak ketiga akibat kemalangan, polisi anda menyediakan perlindungan liabiliti kepada pihak ketiga, tertakluk pada terma dan syarat polisi.

Polisi anda melindungi:

Liabiliti tanpa had bagi kecederaan badan atau kematian pihak ketiga

Perlindungan sehingga RM3 juta bagi kerosakan harta benda pihak ketiga

Kos guaman sehingga RM2,000, tertakluk pada kelulusan bertulis daripada Etiqa dan hanya di Malaysia, Singapura atau Brunei

Perlindungan untuk penunggang yang dibenarkan

Polisi anda melindungi penunggang yang dibenarkan, dengan syarat penunggang tersebut:

Mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas motosikal berkenaan

Mendapat kebenaran daripada anda untuk menunggang motosikal tersebut

Mematuhi terma dan syarat polisi

Perkhidmatan tunda selepas kerosakan yang dilindungi

Jika motosikal anda tidak boleh ditunggang akibat kerosakan yang dilindungi, anda boleh menuntut kos tunda sehingga RM50 ke bengkel panel terdekat atau ke tempat yang selamat.

Bantuan tuntutan

Kami sedia membantu anda sepanjang proses tuntutan, daripada membuat laporan sehingga tuntutan anda diproses.

Apa yang tidak dilindungi

Terdapat beberapa situasi yang tidak dilindungi di bawah pelan asas Insurans Motosikal Komprehensif, melainkan anda mengambil perlindungan tambahan untuk motosikal anda.

Kecederaan diri dan tuntutan penumpang

  • Kecederaan atau kematian anda sendiri akibat kemalangan motosikal
  • Tuntutan daripada penumpang motosikal anda, melainkan perlindungan tambahan atau endorsement yang berkaitan telah diambil

Bencana alam dan kerosakan lain

  • Banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana alam lain, melainkan perlindungan yang berkaitan telah ditambah
  • Kehilangan penggunaan motosikal, seperti kos pengangkutan sementara motosikal anda dibaiki

Kerosakan mekanikal, haus dan lusuh serta bahagian motosikal

  • Kerosakan mekanikal, elektrik atau elektronik
  • Haus dan lusuh, susut nilai, karat atau kakisan
  • Kerosakan pada tayar sahaja
  • Kecurian aksesori atau bahagian motosikal, melainkan motosikal tersebut turut dicuri pada masa yang sama

Penggunaan motosikal yang tidak dilindungi

  • Menunggang tanpa lesen memandu yang sah
  • Menunggang di bawah pengaruh alkohol atau dadah
  • Menggunakan motosikal untuk perlumbaan, sewaan atau tujuan komersial
  • Menggunakan motosikal di luar Malaysia, Singapura dan Brunei, melainkan perlindungan yang berkaitan telah diambil

Sesetengah situasi di atas mungkin boleh dilindungi dengan perlindungan tambahan atau endorsement. Sila rujuk Kontrak Polisi Insurans untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian, terma dan syarat.

Pilihan untuk manfaat tambahan

Tingkatkan perlindungan mengikut keperluan anda

Setiap penunggang mempunyai keperluan yang berbeza. Lengkapkan perlindungan motosikal anda dengan manfaat tambahan yang sesuai dengan keperluan anda.

MyRider & MyRider Plus

  • MyRider ialah manfaat tambahan yang memberikan perlindungan menyeluruh untuk anda dan motosikal anda.
  • Untuk motosikal berenjin 250cc dan ke atas, anda boleh menambah MyRider Plus untuk lebih banyak manfaat, termasuk perkhidmatan tunda tanpa had, bantuan kecemasan, had perlindungan perbelanjaan perubatan serta perlindungan akibat kemalangan.
ManfaatMyRiderMyRider Plus
Sesuai untukMotosikal 249cc dan ke bawahMotosikal 250cc ke atas
Pilihan yang sesuaiPerlindungan tambahan apabila anda memerlukannyaPerlindungan yang menyeluruh untuk setiap perjalanan anda
Khidmat tundaKhidmat tunda tanpa had dan bantuan kecemasan 24 jamKhidmat tunda tanpa had dan bantuan kecemasan 24 jam
Manfaat kematian akibat kemalanganRM8,000RM10,000
Manfaat hilang upaya kekalRM8,000RM10,000
Perbelanjaan perubatanSehingga RM500Sehingga RM2,000
Manfaat IhsanRM500RM500
Elaun kesulitan akibat kemalangan yang menyebabkan kehilangan atau kerosakan motosikalRM500RM500
Elaun kesulitan akibat banjirRM500RM500
JumlahRM75RM150
Nota: Semua yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada terma dan syarat. Sila rujuk Polisi Insurans atau dokumen perlindungan tambahan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

Bantuan Kecemasan

Pasukan kami sedia membantu dan membimbing anda tentang langkah seterusnya.

Bantuan disaat memerlukannya

Jika anda memerlukan bantuan di jalan raya, kami sedia membantu apabila diperlukan.

Bantuan di tepi jalan, bila-bila masa

Anda boleh mendapatkan bantuan dengan:

Makluman tuntutan

Jika anda terlibat dalam kemalangan, sila maklumkan kepada Etiqa secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi Claim Assist di 1300 88 1007 untuk panduan mengenai proses tuntutan.

Pertanyaan am

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perlindungan Insurans Motosikal anda, hubungi Etiqa Oneline di 1-300-13-8888 atau e-mel info@etiqa.com.my.

Bila Perkara Luar Jangka Berlaku

Kami sedia membimbing anda, langkah demi langkah, jika berlaku perkara yang tidak dirancang.

Etiqa image

Jika motosikal anda rosak

  • Bertenang dan bergerak ke lokasi yang selamat, jika selamat untuk berbuat demikian.
  • Hubungi Etiqa Auto Assist melalui aplikasi Etiqa+ atau talian 1-800-88-6491. Bergantung pada perlindungan dan situasi anda, bantuan mungkin termasuk khidmat tunda, penghantaran bahan api, bantuan tayar atau bantuan menghidupkan bateri.
  • Jangan terus menunggang motosikal anda jika tidak selamat, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan lanjut dan menjejaskan tuntutan anda.
Etiqa image

Jika motosikal anda rosak akibat cuaca melampau atau banjir kilat

  • Keselamatan anda diutamakan, pastikan kesejahteraan diri anda.
  • Jangan cuba mengalihkan motosikal anda jika kawasan tidak selamat. Apabila selamat, ambil foto yang jelas atau video pendek kerosakan untuk menyokong tuntutan anda kemudian.
  • Ambil perhatian bahawa banjir, ribut, tanah runtuh dan bencana alam lain tidak dilindungi di bawah polisi asas melainkan anda telah mengambil perlindungan tambahan yang berkaitan.
Etiqa image

Jika anda terlibat dalam kemalangan

  • Periksa sama ada anda atau sesiapa cedera.
  • Bergerak ke lokasi yang selamat, jika selamat untuk berbuat demikian.
  • Ambil foto atau video kerosakan dan tempat kejadian.
  • Dapatkan maklumat pihak yang terlibat, jika berkaitan.
  • Jangan mengaku bersalah, berunding atau menyelesaikan sebarang tuntutan tanpa kebenaran Etiqa.
  • Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam, jika perlu.
  • Maklumkan kepada Etiqa secepat mungkin.
  • Hantar motosikal anda ke bengkel panel, atau bengkel lain yang telah diberi kebenaran oleh Etiqa.
  • Pasukan kami akan membimbing anda tentang langkah seterusnya dan dokumen yang diperlukan.

Cara mudah membuat tuntutan

Step image

Step 1

Kumpulkan maklumat penting

Ambil foto kerosakan dan tempat kejadian. Catat lokasi, masa, tarikh dan maklumat pihak yang terlibat, jika berkaitan.

Step image

Step 2

Buat laporan polis

Laporan polis biasanya diperlukan untuk kemalangan, kecurian atau kerosakan serius. Ini perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Step image

Step 3

Maklumkan kepada Etiqa

Maklumkan kepada kami secepat mungkin. Jika anda tidak hilang upaya atau dimasukkan ke hospital, makluman perlu dibuat dalam tempoh 7 hari. Jika anda hilang upaya dan dimasukkan ke hospital, makluman perlu dibuat dalam tempoh 30 hari atau secepat mungkin. Anda boleh memaklumkan kepada kami melalui aplikasi Etiqa+, secara bertulis, atau melalui talian Claim Assist di 1300 88 1007.

Step image

Step 4

Lengkapkan dan hantar laporan tuntutan anda

Lengkapkan borang tuntutan dan hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan, dalam tempoh 21 hari dari tarikh anda memaklumkan kepada Etiqa. Jika anda menerima sebarang surat, writ, saman atau tuntutan daripada pihak ketiga, hantar kepada Etiqa tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh anda menerimanya.

Step image

Step 5

Hantar motosikal anda ke bengkel yang diluluskan

Hantar motosikal anda ke bengkel yang diluluskan supaya Etiqa dapat memeriksanya sebelum pembaikan dimulakan. Jangan membenarkan pembaikan atau menanggung perbelanjaan berkaitan pembaikan tanpa kebenaran bertulis daripada Etiqa, kerana ini boleh menjejaskan tuntutan anda.

Step image

Step 6

Jejak dan susulan

Setelah tuntutan anda dihantar, Etiqa akan membimbing anda melalui proses pembaikan dan penyelesaian.

Soalan Lazim

Kami sentiasa di sisi anda apabila anda memerlukan kami

Jika anda memerlukan bantuan, kami sentiasa ada 24 jam, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Bantuan Kecemasan Tepi Jalan 24 Jam

1800 - 88 - 6491

Talian Tuntutan

1 300-88-1007

Muat turun aplikasi Etiqa+

Muat turun sekarang
PIDM Logo

Customer Care (Mon-Fri, 9am-5pm)

1300-13-8888

24/7 Roadside Assistance

1800-88-6491

Guarantee Letter (GL) Request

1800-88-9998

24/7 Overseas Emergency Travel Assistance

+603-2785-6565

Claims Careline

1300-88-1007