
Pelanggan yang dihargai,
Kami sedia maklum bahawa situasi semasa di Timur Tengah serta gangguan penerbangan yang berlaku mungkin telah memberi kesan terhadap rancangan perjalanan anda.
Walaupun pelan kami tidak melindungi insiden yang berlaku secara langsung dalam kawasan zon perang aktif, kami sentiasa sedia membantu anda.
Anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai perlindungan Polisi/Sijil anda serta langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil.
Tuntutan boleh dikemukakan melalui aplikasi Etiqa+. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami melalui:
- Etiqa Oneline: 1-300-13-8888
- Perkhidmatan Tuntutan:1-300-88-1007
- Bantuan Kecemasan Perjalanan Luar Negara:+603 2785 6565
| Perjalanan yang bermula sebelum 28 Februari 2026 | Perjalanan yang bermula selepas 28 Februari 2026 |
|---|---|
Perjalanan yang bermula sebelum 28 Februari 2026 (sebelum berlakunya peperangan), pelanggan masih boleh mengemukakan tuntutan. Setiap tuntutan akan dinilai berdasarkan punca kejadian serta tertakluk kepada terma dan syarat Polisi/Sijil. Tuntutan yang berpunca secara langsung daripada peperangan, rusuhan awam, larangan atau sekatan perjalanan oleh kerajaan, atau kejadian lain yang dikecualikan tidak akan dilindungi di bawah Polisi/Sijil. Walau bagaimanapun, tuntutan yang tidak berkaitan dengan konflik masih dipertimbangkan, dan tertakluk kepada terma dan syarat Polisi/Sijil. | Perjalanan yang bermula selepas 28 Februari 2026 (selepas Pengumuman Nasihat Perjalanan oleh Kerajaan), tuntutan masih boleh dikemukakan. Walau bagaimanapun, semua manfaat akan dinilai dengan mengambil kira pengecualian berkaitan peperangan, tertakluk kepada terma dan syarat Polisi/Sijil. |
Nota: Untuk sebarang nasihat perjalanan ke mana-mana negara, sila rujuk maklumat terkini di portal rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia.

