
Kepada pelanggan-pelanggan yang dihargai,
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan produk berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Julai 2026, akan terdapat semakan terhadap perbelanjaan pengurusan di bawah fi Wakalah bagi produk-produk Takaful Am kami.
Harap maklum bahawa keputusan ini dibuat bagi memastikan kami kekal berdaya saing dalam industri Takaful bagi memastikan kami terus memberikan nilai dan perkhidmatan terbaik kepada anda. Pelarasan ini tidak akan menjejaskan jumlah sumbangan biasa yang perlu dibayar oleh anda.
Selaras dengan janji jenama kami, “Menginsankan Insurans dan Takaful”, kami percaya adalah penting untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan mengenai perkara ini.
Sehubungan itu, semua sijil yang tamat tempoh pada atau selepas 1 Julai 2026 akan tertakluk kepada fi Wakalah yang disemak semula, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
| No. | Kategori Produk | Fi Wakalah | |
|---|---|---|---|
| Daripada | Ke | ||
| 1 | Houseowner Takaful | 40% | 60% |
| 2 | Travel PA | 40% | 45% |
| 3 | Individual PA | 45% | 60% |
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perubahan ini, sila hubungi eksekutif-eksekutif kami di cawangan berhampiran dengan anda. Anda juga boleh menghubungi Etiqa Online di talian 1300 13 8888 atau hantarkan emel ke info@etiqa.com.my.
Kami menghargai perhatian anda tentang perubahan ini dan terima kasih kerana memilih Etiqa General Takaful Berhad sebagai pengendali Takaful pilihan anda.
Soalan Lazim

