Rider In Need (RIN)
Bantuan Segera Ketika Anda Paling Memerlukannya
Kemalangan motosikal yang tidak dijangka bukan sahaja menjejaskan perjalanan, malah boleh mengganggu kerja, rutin harian dan keperluan keluarga.
Program Rider In Need (RIN) menyediakan bantuan kewangan kepada penunggang motosikal yang layak selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, bagi membantu meringankan beban perbelanjaan yang tidak dijangka.
Berlandaskan semangat Ta'awun (saling membantu), RIN hadir untuk bersama anda ketika anda paling memerlukannya.
Peserta yang layak boleh menerima
bantuan kewangan RM100
*Tertakluk kepada syarat dan kelayakan program.

Siapa yang layak menyertai Program RIN?
Kelayakan tertakluk kepada syarat asas dan kriteria penilaian program.
Takaful Motosikal Etiqa yang sah
Motosikal 200cc dan ke bawah
Warganegara Malaysia
Memenuhi syarat program untuk menerima bantuan kewangan
Bagaimana Program Ini Berfungsi?
Langkah 1
Kemalangan berlaku
Peserta atau bengkel panel yang sah mengemukakan tuntutan Kerosakan Sendiri (OD) motosikal melalui proses tuntutan biasa. Tiada permohonan berasingan diperlukan.
Langkah 2
Penilaian kelayakan
Etiqa akan menyemak tuntutan dan menilai kelayakan peserta untuk menerima bantuan RIN.
Langkah 3
Pengesahan peserta
Peserta akan dihubungi melalui WhatsApp untuk melengkapkan dan mengesahkan akuan yang diperlukan.
Langkah 4
Pembayaran bantuan kewangan
Setelah pengesahan berjaya, bantuan kewangan yang diluluskan akan dikreditkan terus ke akaun bank peserta.
Soalan Lazim
Penafian: Bantuan Rider In Need (RIN) adalah tertakluk kepada penilaian kelayakan, pengesahan maklumat yang berjaya diterima, serta pematuhan kepada kriteria program yang berkuat kuasa. Penerimaan permintaan pengisytiharan (declaration) tidak bermaksud kelulusan bantuan diberikan secara automatik. Bantuan RIN adalah berasingan daripada tuntutan motosikal biasa dan tidak menggantikan proses tuntutan motosikal sedia ada.
Download Documents







