Takaful Motosikal Komprehensif

Nikmati setiap perjalanan dengan lebih yakin
Setiap perjalanan membawa tujuan yang berbeza. Sama ada untuk urusan harian, perjalanan hujung minggu atau pulang berjumpa insan tersayang, pastikan motosikal anda sentiasa dilindungi.Takaful Motosikal Komprehensif Etiqa membantu melindungi motosikal anda daripada kemalangan, kebakaran dan kecurian. Anda juga dilindungi sekiranya berlaku liabiliti kepada pihak ketiga. Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh menambah manfaat tambahan mengikut keperluan anda.
Kenapa Etiqa menjadi pilihan
Bayaran ansuran bulanan dengan faedah 0%
Nikmati kemudahan bayaran ansuran bulanan menggunakan Kad Kredit Maybank. Pilih pelan ansuran selama 6 atau 12 bulan dengan kadar faedah 0%. Sah untuk pendaftaran bernilai RM500 dan ke atas.
Bantuan 24 jam tepi jalan tersedia jika diperlukan
Jika anda terlibat dalam kemalangan atau memerlukan bantuan di tepi jalan, Etiqa sentiasa bersedia untuk membantu anda. Sila tekan butang Help dalam aplikasi Etiqa+ atau hubungi talian bantuan kami untuk mendapatkan bantuan.
Perlindungan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda
Setiap penunggang mempunyai keperluan yang berbeza. Dengan Etiqa, anda boleh menambah manfaat tambahan mengikut keperluan dan jenis motosikal anda.
Terokai MyRider untuk motosikal bawah 250cc, atau MyRider Plus untuk motosikal 250cc dan ke atas.
Terokai SekarangApakah perlindungan tersedia untuk takaful motosikal anda
Kehilangan atau kerosakan pada motosikal anda
Motosikal anda dilindungi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat:
Kemalangan, perlanggaran atau motosikal terbalik
Kebakaran, letupan atau petir
Pecah masuk, rompakan atau kecurian
Perbuatan khianat
Kerosakan akibat objek yang jatuh, tertakluk pada syarat sijil
Perlindungan terhad semasa motosikal anda dihantar melalui jalan raya, kereta api, laluan air atau feri antara Pulau Pinang dan tanah besar
Kecederaan atau kerosakan kepada pihak ketiga
Jika motosikal anda menyebabkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda kepada pihak ketiga akibat kemalangan, sijil anda menyediakan perlindungan liabiliti kepada pihak ketiga, tertakluk pada terma dan syarat sijil.
Sijil anda melindungi:
Liabiliti tanpa had bagi kecederaan badan atau kematian pihak ketiga
Perlindungan sehingga RM3 juta bagi kerosakan harta benda pihak ketiga
Kos guaman sehingga RM2,000, tertakluk pada kelulusan bertulis daripada Etiqa dan hanya di Malaysia, Singapura atau Brunei
Perlindungan untuk penunggang yang dibenarkan
Sijil anda melindungi penunggang yang dibenarkan, dengan syarat penunggang tersebut:
Mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas motosikal berkenaan
Mendapat kebenaran daripada anda untuk menunggang motosikal tersebut
Mematuhi terma dan syarat sijil
Perkhidmatan tunda selepas kerosakan yang dilindungi
Jika motosikal anda tidak boleh ditunggang akibat kerosakan yang dilindungi, anda boleh menuntut kos tunda sehingga RM50 ke bengkel panel terdekat atau ke tempat yang selamat.
Bantuan tuntutan
Kami sedia membantu anda sepanjang proses tuntutan, daripada membuat laporan sehingga tuntutan anda diproses.
Apa yang tidak dilindungi
Terdapat beberapa situasi yang tidak dilindungi di bawah pelan asas Takaful Motosikal Komprehensif, melainkan anda mengambil perlindungan tambahan untuk motosikal anda.
Kecederaan diri dan tuntutan penumpang
- Kecederaan atau kematian anda sendiri akibat kemalangan motosikal
- Tuntutan daripada penumpang motosikal anda, melainkan perlindungan tambahan atau endorsement yang berkaitan telah diambil
Bencana alam dan kerosakan lain
- Banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana alam lain, melainkan perlindungan yang berkaitan telah ditambah
- Kehilangan penggunaan motosikal, seperti kos pengangkutan sementara motosikal anda dibaiki
Kerosakan mekanikal, haus dan lusuh serta bahagian motosikal
- Kerosakan mekanikal, elektrik atau elektronik
- Haus dan lusuh, susut nilai, karat atau kakisan
- Kerosakan pada tayar sahaja
- Kecurian aksesori atau bahagian motosikal, melainkan motosikal tersebut turut dicuri pada masa yang sama
Penggunaan motosikal yang tidak dilindungi
- Menunggang tanpa lesen memandu yang sah
- Menunggang di bawah pengaruh alkohol atau dadah
- Menggunakan motosikal untuk perlumbaan, sewaan atau tujuan komersial
- Menggunakan motosikal di luar Malaysia, Singapura dan Brunei, melainkan perlindungan yang berkaitan telah diambil
Pilihan untuk manfaat tambahan
Tingkatkan perlindungan mengikut keperluan anda
Setiap penunggang mempunyai keperluan yang berbeza. Lengkapkan perlindungan motosikal anda dengan manfaat tambahan yang sesuai dengan keperluan anda.
MyRider & MyRider Plus
- MyRider ialah manfaat tambahan yang memberikan perlindungan menyeluruh untuk anda dan motosikal anda.
- Untuk motosikal berenjin 250cc dan ke atas, anda boleh menambah MyRider Plus untuk lebih banyak manfaat, termasuk perkhidmatan tunda tanpa had, bantuan kecemasan, had perlindungan perbelanjaan perubatan serta perlindungan akibat kemalangan.
| Manfaat | MyRider | MyRider Plus |
|---|---|---|
| Sesuai untuk | Motosikal 249cc dan ke bawah | Motosikal 250cc ke atas |
| Pilihan yang sesuai | Perlindungan tambahan apabila anda memerlukannya | Perlindungan yang menyeluruh untuk setiap perjalanan anda |
| Khidmat tunda | Khidmat tunda tanpa had dan bantuan kecemasan 24 jam | Khidmat tunda tanpa had dan bantuan kecemasan 24 jam |
| Manfaat kematian akibat kemalangan | RM8,000 | RM10,000 |
| Manfaat hilang upaya kekal | RM8,000 | RM10,000 |
| Perbelanjaan perubatan | Sehingga RM500 | Sehingga RM2,000 |
| Manfaat Ihsan | RM500 | RM500 |
| Elaun kesulitan akibat kemalangan yang menyebabkan kehilangan atau kerosakan motosikal | RM500 | RM500 |
| Elaun kesulitan akibat banjir | RM500 | RM500 |
| Jumlah | RM75 | RM150 |

Bantuan Kecemasan
Pasukan kami sedia membantu dan membimbing anda tentang langkah seterusnya.
Bantuan disaat memerlukannya
Jika anda memerlukan bantuan di jalan raya, kami sedia membantu apabila diperlukan.
Bantuan di tepi jalan, bila-bila masa
Anda boleh mendapatkan bantuan dengan:
- Menekan butang Help dalam aplikasi Etiqa+, atau
- Menghubungi Talian Etiqa Auto Assist di 1-800-88-6491
Makluman tuntutan
Jika anda terlibat dalam kemalangan, sila maklumkan kepada Etiqa secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi Claim Assist di 1300 88 1007 untuk panduan mengenai proses tuntutan.
Pertanyaan am
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perlindungan Takaful Motosikal anda, hubungi Etiqa Oneline di 1-300-13-8888 atau e-mel info@etiqa.com.my.
Situasi luar jangkaan
Kami di sini untuk membimbing anda, langkah demi langkah, apabila sesuatu tidak berjalan seperti yang dirancang.

Jika motosikal anda rosak
- Bertenang dan bergerak ke lokasi yang selamat, jika selamat untuk berbuat demikian.
- Hubungi Etiqa Auto Assist melalui aplikasi Etiqa+ atau talian 1-800-88-6491. Bergantung pada perlindungan dan situasi anda, bantuan mungkin termasuk khidmat tunda, penghantaran bahan api, bantuan tayar atau bantuan menghidupkan bateri.
- Jangan terus menunggang motosikal anda jika tidak selamat, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan lanjut dan menjejaskan tuntutan anda.

Jika motosikal anda rosak akibat cuaca melampau atau banjir kilat
- Keselamatan anda diutamakan, pastikan kesejahteraan diri anda.
- Jangan cuba mengalihkan motosikal anda jika kawasan tidak selamat. Apabila selamat, ambil foto yang jelas atau video pendek kerosakan untuk menyokong tuntutan anda kemudian.
- Ambil perhatian bahawa banjir, ribut, tanah runtuh dan bencana alam lain tidak dilindungi di bawah sijil asas melainkan anda telah mengambil perlindungan tambahan yang berkaitan.

Jika anda terlibat dalam kemalangan
- Periksa sama ada anda atau sesiapa cedera.
- Bergerak ke lokasi yang selamat, jika selamat untuk berbuat demikian.
- Ambil foto atau video kerosakan dan tempat kejadian.
- Dapatkan maklumat pihak yang terlibat, jika berkaitan.
- Jangan mengaku bersalah, berunding atau menyelesaikan sebarang tuntutan tanpa kebenaran Etiqa.
- Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam, jika perlu.
- Maklumkan kepada Etiqa secepat mungkin.
- Hantar motosikal anda ke bengkel panel, atau bengkel lain yang telah diberi kebenaran oleh Etiqa.
- Pasukan kami akan membimbing anda tentang langkah seterusnya dan dokumen yang diperlukan.
Bagaimana untuk membuat tuntutan?
Membuat tuntutan itu mudah

Step 1
Kumpulkan maklumat penting
Ambil foto kerosakan dan tempat kejadian. Catat lokasi, masa, tarikh dan maklumat pihak yang terlibat, jika berkaitan.

Step 2
Buat laporan polis
Laporan polis biasanya diperlukan untuk kemalangan, kecurian atau kerosakan serius. Ini perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Step 3
Maklumkan kepada Etiqa
Maklumkan kepada kami secepat mungkin. Jika anda tidak hilang upaya atau dimasukkan ke hospital, makluman perlu dibuat dalam tempoh 7 hari. Jika anda hilang upaya dan dimasukkan ke hospital, makluman perlu dibuat dalam tempoh 30 hari atau secepat mungkin. Anda boleh memaklumkan kepada kami melalui aplikasi Etiqa+, secara bertulis, atau melalui talian Claim Assist di 1300 88 1007.

Step 4
Lengkapkan dan hantar laporan tuntutan anda
Lengkapkan borang tuntutan dan hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan, dalam tempoh 21 hari dari tarikh anda memaklumkan kepada Etiqa. Jika anda menerima sebarang surat, writ, saman atau tuntutan daripada pihak ketiga, hantar kepada Etiqa tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh anda menerimanya.

Step 5
Hantar motosikal anda ke bengkel yang diluluskan
Hantar motosikal anda ke bengkel yang diluluskan supaya Etiqa dapat memeriksanya sebelum pembaikan dimulakan. Jangan membenarkan pembaikan atau menanggung perbelanjaan berkaitan pembaikan tanpa kebenaran bertulis daripada Etiqa, kerana ini boleh menjejaskan tuntutan anda.

Step 6
Jejak dan susulan
Setelah tuntutan anda dihantar, Etiqa akan membimbing anda melalui proses pembaikan dan penyelesaian.
Soalan Lazim
Download Documents
Kami sentiasa ada untuk anda
Jika anda memerlukan bantuan, kami sedia membantu 24/7, pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada.
Bantuan Kecemasan Tepi Jalan 24 Jam
1800 - 88 - 6491Talian Tuntutan
1 300-88-1007Muat turun aplikasi Etiqa+
Muat turun sekarang
