Insurans TripCare 360

Pelan perlindungan yang sentiasa bersama anda.
Sama ada untuk tugasan kerja, percutian keluarga atau perjalanan baharu, Insurans TripCare 360 membantu mengelakkan masalah kecil daripada menjadi kerisauan besar.
Kelayakan
Hanya untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berlepas dari Malaysia.
Dewasa
16 - 70 tahun
Warga emas
71-80 tahun
Kanak-kanak
45 hari - 18 tahun
(Untuk individu berumur sehingga 23 tahun yang belum berkahwin, tidak bekerja atau merupakan pelajar sepenuh masa)
Mengapa mendaftar dengan Etiqa?
25% rebat apabila anda mendaftar secara dalam talian
Daftar dalam talian dan dapatkan penjimatan.
Mohon sekarangHospitalisasi luar negara tanpa tunai
Dapatkan rawatan perubatan tanpa bayaran pendahuluan di kebanyakan hospital
Sila hubungi bantuan perjalanan kami sekarangPerlindungan bagasi dan perjalanan
Dapatkan pampasan bagi bagasi hilang atau lewat (6 jam ke atas), barangan rosak, pembatalan, atau kelewatan sambungan perjalanan.
Ketahui lebih lanjutBantuan perjalanan antarabangsa 24/7
Dapatkan bantuan pada bila-bila masa, termasuk hospitalisasi, pemindahan, repatriasi dan banyak lagi.
Hubungi sekarangBayaran kelewatan automatik
Dapatkan bayaran automatik untuk penerbangan yang ditangguh 2 jam atau lebih.
Cuba Kalkulator Kelewatan Perjalanan untuk melihat jumlah bayaran andaSatu pelan melindungi seluruh keluarga
Melindungi 2 dewasa dan sehingga 10 orang anak dalam satu sumbangan.
Mohon sekarangNikmati ketenangan tambahan
Kami menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan aktiviti mnecabar, perlindungan peralatan golf, COVID-19 dan manfaat penjagaan rumah.
Ketahui lebih lanjutCoverage
What's Covered?
Perlindungan Pengangkutan Sepanjang Perjalanan Anda
Lindungi penerbangan, kereta api, kereta, kapal dan mod pengangkutan berlesen yang lain.
*Perlindungan hanya terpakai untuk mod pengangkutan berjadual atau berlesen semasa perjalanan anda.Kemalangan Dan Hilang Upaya Kekal
Pampasan bagi kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
Rawatan Perubatan
Kemasukan hospital tanpa tunai di luar negara, bayaran balik untuk rawatan pesakit luar dan rawatan selepas anda pulang.
Liabiliti Peribadi
Perlindungan terhadap kecederaan tidak sengaja kepada pihak lain atau kerosakan pada harta benda mereka.
Gangguan Perjalanan
Bayaran balik untuk pembatalan perjalanan, kelewatan, atau terlepas sambungan penerbangan.
Barangan Peribadi
Pampasan untuk bagasi yang hilang, rosak atau dicuri, dokumen perjalanan, atau wang peribadi.
Perkhidmatan Kecemasan
Evakuasi, repatriasi, lawatan belas ihsan, atau pengurusan pengebumian jika diperlukan.
Apa yang tidak dilindungi?
Walaupun Insurans TripCare 360 melindungi kelewatan perjalanan, kecemasan perubatan dan kerugian, terdapat beberapa had perlindungan. Contohnya:
Aktiviti sukan atau aktiviti seperti terjunan udara, kecuali jika anda menambah manfaat tambahan Aktiviti-aktiviti Sukan Berbahaya seperti yang dinyatakan dalam Polisi/Sijil.
Keadaan perubatan sedia ada dan sebarang komplikasi yang berkaitan.
Kecederaan sendiri, percubaan membunuh diri, atau gangguan kesihatan mental.
Komplikasi berkaitan kehamilan, penyakit jangkitan seksual, HIV, atau isu berkaitan alkohol atau dadah.
Perjalanan udara selain sebagai penumpang berbayar dalam penerbangan berjadual atau sewaan berlesen.
Kelewatan perjalanan kurang daripada 2 jam.
Tiada bayaran jika kelewatan diumumkan 12 jam lebih awal oleh pihak penerbangan.
Tiada bayaran untuk pembatalan perjalanan jika anda mendaftar pelan kurang daripada 7 hari sebelum tarikh berlepas.
Negara yang tidak dilindungi bagi perjalanan antarabangsa:
Malaysia, Afghanistan, Antartika, Belarus, Cuba, Libya, Iran, Iraq, Israel, Myanmar, Nepal, Korea Utara, Palestin, Rusia, Syria, Sudan, Sudan Selatan, Ukraine, Venezuela.
Perjalanan ke negara atau kawasan yang terjejas oleh peperangan, konflik, kuarantin penyakit berjangkit, atau di bawah sekatan antarabangsa.
Penyertaan dalam aktiviti haram, seperti mencetuskan serangan.
Penyertaan dalam aktiviti haram, seperti mencetuskan serangan.
Perjalanan untuk menunaikan Haji.
Pekerjaan yang berisiko tinggi.
Manfaat tambahan
Pilih perlindungan yang sesuai dengan pelan perjalanan, aktiviti yang dirancang, serta keperluan peribadi anda.
Perlindungan COVID-19
Jika COVID-19 menjejaskan perjalanan anda. Anda dilindungi untuk:
- Pembatalan atau gangguan perjalanan akibat COVID-19 sehingga RM5,000
- *Rawatan perubatan di luar negara (sehingga RM300,000)
- *Pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang (sehingga RM 100,000)
- *Pengebumian, pembakaran mayat, atau pemulangan jenazah (sehingga RM100,000)
Pilih pelan yang sesuai untuk keperluan anda
Cari pelan yang sesuai dengan gaya hidup anda. Pilih perlindungan untuk diri anda, orang tersayang atau kumpulan.

Diri sendiri
16-70 tahun

Warga emas
71-80 tahun

Pasangan dan saya
18-70 tahun

Keluarga
Pasangan dan kanak-kanak anda sahaja

Kumpulan
16–70 tahun.
Tambah sehingga 21 orang dewasa
Bila saya boleh daftar untuk perlindungan perjalanan saya?
Daftar untuk insurans perjalanan pada bila-bila masa sebelum perjalanan anda bermula. Malah pada hari perjalanan anda pun boleh.
Sebelum perjalanan anda bermula
Daftar insurans perjalanan sebelum meninggalkan Malaysia (minimum 2 jam sebelum berlepas). Namun, kami mengesyorkan supaya anda mendaftar sekurang-kurangnya 6 jam sebelum penerbangan.
Masa yang disyorkan
Daftar minimum 7 hari sebelum perjalanan anda untuk mendapatkan perlindungan pembatalan.
Jika anda mahu mendaftar lebih awal
Anda boleh mendaftar untuk insurans perjalanan anda sehingga setengah tahun lebih awal.
Pilih pelan yang sesuai dengan cara anda mengembara
Setiap pengembara berbeza dan begitu juga setiap perjalanan. Dapatkan perlindungan fleksibel yang mengikut gaya dan destinasi perjalanan anda.
Untuk yang sering mengembara sepanjang tahun, sama ada untuk urusan kerja atau percutian.
Perlindungan | Domestik | Antarabangsa | ||
|---|---|---|---|---|
| Perak | Emas | Platinum | ||
| Kematian atau hilang upaya kekal | ||||
| Setiap orang dewasa/warga emas | RM50,000 | RM100,000 | RM300,000 | RM500,000 |
| Setiap kanak-kanak | RM10,000 | RM40,000 | RM100,000 | RM100,000 |
| Maksimum setiap keluarga* | RM150,000 | RM300,000 | RM900,000 | RM1,500,000 |
| Perbelanjaan perubatan Perbelanjaan perubatan melebihi RM100 | Akibat kemalangan sahaja | Akibat kemalangan atau penyakit | ||
| Individu | RM50,000 | RM100,000 | RM300,000 | RM500,000 |
| Maksimum setiap keluarga* | RM125,000 | RM250,000 | RM750,000 | RM1,500,000 |
| Pembatalan / kesulitan perjalanan | ||||
| Individu | Tidak dilindungi | Tidak dilindungi | RM20,000 | RM50,000 |
| Maksimum setiap keluarga* | Tidak dilindungi | Tidak dilindungi | RM50,000 | RM125,000 |
| Kelewatan perjalanan | ||||
| Selepas 2 jam pertama lengkap | RM100 | RM100 | RM100 | RM100 |
| Setiap 6 jam selepas itu | - | RM250 (sehingga RM1,000) | RM250 (sehingga RM2,000) | RM250 (sehingga RM5,000) |
| Kelewatan bagasi (min. 6 jam) | ||||
| Setiap orang | RM500 | RM500 | RM800 | RM1,000 |
| Maksimum setiap keluarga* | RM1,250 | RM1,250 | RM2,000 | RM2,500 |
| Terlepas penerbangan sambungan | ||||
| Setiap orang | Tidak dilindungi | RM400 | RM500 | RM600 |
| Maksimum setiap keluarga* | Tidak dilindungi | RM1,000 | RM1,250 | RM1,500 |
Bagasi dan barangan peribadi | ||||
| Setiap orang | RM1,000 | RM1,000 | RM3,000 | RM5,000 |
| Maksimum setiap keluarga* | RM2,500 | RM2,500 | RM7,500 | RM12,500 |
Maksimum Per Keluarga ialah jumlah maksimum yang dibayar bagi setiap keluarga di bawah 'Pelan Keluarga'.
Perjalanan Domestik:
- Perlindungan bermula apabila anda memulakan perjalanan dan akan berakhir seperti berikut:
- Apabila anda tiba kembali di rumah
- Tarikh tamat sah sijil anda
Perjalanan Antarabangsa:
- Perlindungan bermula 6 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, dan berakhir seperti berikut:
- Apabila anda tiba kembali di rumah
- 6 jam selepas anda kembali ke Malaysia
- Tarikh tamat sah sijil anda

Tambah penama untuk ketenangan minda anda
Sila pastikan manfaat anda selamat dengan menambah penama menerusi aplikasi Etiqa+. Ini memastikan bayaran diberikan kepada orang yang betul sekiranya perkara yang tidak dijangka berlaku.
Muat turun dan tambah penama melalui aplikasi Etiqa+Apabila perkara tidak dijangka berlaku
Kami di sini untuk membantu anda apabila perkara tidak dijangka terjadi.

Apa jadi jika saya jatuh sakit sebelum perjalanan saya?
Tidak dapat meneruskan perjalanan kerana sakit? Anda mungkin layak untuk tuntutan pembatalan. Muat naik bukti perubatan dan butiran tempahan ke aplikasi Etiqa+.

Apa jadi jika saya dimasukkan ke hospital semasa perjalanan?
Jika anda perlu dimasukkan ke hospital ketika dalam perjalanan, perbelanjaan perubatan dan hospital anda mungkin layak mendapat rawatan tanpa tunai. Sila hubungi talian Bantuan Perjalanan 24 jam kami, Claims Careline atau dapatkan bantuan melalui aplikasi Etiqa+.
Penyakit sedia ada tidak dilindungi.
Apa jadi jika barang peribadi saya dicuri?
Jika barang anda dicuri semasa perjalanan, anda mungkin boleh membuat tuntutan atas kehilangan tersebut. Laporkan kejadian kepada pihak polis tempatan dalam masa 24 jam dan simpan laporan polis, resit, serta dokumen sokongan lain untuk tuntutan anda melalui aplikasi Etiqa+.
Kami sentiasa sedia membantu anda
Jika anda memerlukan bantuan ketika dalam perjalanan, kami ada untuk anda 24 jam, bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Bantuan perjalanan:
+603 2785 6565Bantuan tuntutan (waktu pejabat sahaja):
1 300 88 1007Muat turun aplikasi Etiqa+
Muat turun sekarangBuat tuntutan dalam beberapa klik sahaja
Step 2
Pilih 'Make a Claim' di bawah Insurans TripCare 360.
Step 3
Muat naik dokumen, resit, laporan atau bukti kehilangan anda.
Step 4
Hantar dan semak tuntutan anda secara masa nyata.
Ketahui lebih lanjut mengenai tuntutan perjalanan kami disini.
Soalan lazim Insurans TripCare 360
Download Documents
Risalah TripCare 360
Manfaat TripCare 360 (Infographic)
Polisi TRIPCARE 360 Insurans - Didaftarkan pada atau selepas 7 November 2025
Polisi TRIPCARE 360 Insurans - Didaftarkan sebelum 7 November 2025
Helaian Pendedahan Produk TripCare 360
Terma dan Syarat Kempen 'Trip Paling Win'
Terma dan Syarat untuk Kempen ‘Click, Pick, Protect: Buy & Win! TripCare 360 Insurance Platinum’



