Etiqa Logo

Saya ingin membuat tuntutan untuk

Perlindungan perjalanan

Perlindungan pengangkutan sepanjang perjalanan anda

Lindungi mod perjalanan anda seperti penerbangan, kereta api, kereta, kapal dan mana-mana pengangkutan berlesen.

*Perlindungan hanya terpakai untuk mod pengangkutan berjadual atau berlesen semasa perjalanan anda

Rawatan Perubatan

Kemasukan hospital tanpa tunai di luar negara, bayaran balik untuk rawatan pesakit luar dan rawatan susulan selepas anda pulang ke Malaysia.

Kemalangan dan hilang upaya kekal

Pampasan bagi kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Liabiliti peribadi

Perlindungan terhadap kecederaan tidak sengaja kepada pihak lain atau kerosakan pada harta benda mereka.

Gangguan Perjalanan

Bayaran balik untuk pembatalan perjalanan, kelewatan, atau terlepas sambungan penerbangan.

Kalkulator kelewatan penerbangan

Barangan Peribadi

Pampasan untuk bagasi yang hilang, rosak atau dicuri, kehilangan dokumen perjalanan, atau kehilangan wang peribadi.

Perkhidmatan Kecemasan

Pemindahan perubatan kecemasan, penghantaran pulang, lawatan belas ihsan, atau pengurusan pengebumian jika diperlukan.

Sila hubungi talian bantuan perjalanan

Perlindungan tambahan tersedia (hanya terpakai kepada pelanggan yang memilih semasa pendaftaran)

Penjagaan rumah lanjutan

Kehilangan atau kerosakan pada isi rumah akibat kecurian, kebakaran atau kerosakan akibat air (sehingga RM20,000).

Manfaat golf

Kerosakan dan kehilangan peralatan golf akibat kecurian atau yuran padang golf yang tidak digunakan.

Perlindungan COVID-19

Perlindungan untuk pembatalan atau gangguan perjalanan, rawatan perubatan di luar negara, pemindahan kecemasan, dan banyak lagi.

Perlindungan untuk aktiviti-aktiviti yang mencabar

Perlindungan untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pengendali berlesen semasa anda bercuti.

Apa yang dilindungi dan tidak dilindungi

Apa yang dilindungi?

  • Kelewatan penerbangan lebih daripada 2 jam
Ingin ketahui pampasan yang anda layak terima akibat kelewatan penerbangan?Kalkulator pampasan kelewatan penerbangan

Apa yang tidak dilindungi?

  • Kelewatan atau perubahan penerbangan disebabkan oleh arahan atau peraturan kerajaan
  • Kelewatan penerbangan yang kurang daripada 2 jam
  • Perjalanan udara selain penerbangan komersial berjadual

Tarikh mula perlindungan

Perjalanan domestik:

Perlindungan bermula apabila anda keluar dari rumah untuk memulakan perjalanan, dan berakhir pada waktu yang paling awal seperti berikut:

  • Apabila anda tiba kembali di rumah
  • Tarikh tamat sah polisi/sijil anda

Perjalanan antarabangsa:

Perlindungan bermula 6 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, dan berakhir pada waktu yang paling awal seperti berikut:

  • Apabila anda tiba kembali di rumah
  • 6 jam selepas anda kembali ke Malaysia
  • Tarikh tamat sah polisi/sijil anda

Nota: Perjalanan mestilah bermula dari Malaysia dan berakhir di Malaysia.

Berapa jumlah yang boleh saya tuntut?

Manfaat kemalangan diri

(setiap kemalangan/insiden)

Kematian atau hilang upaya kekalRM100,000RM300,000RM500,000
Perbelanjaan perubatan dan lain-lain

(tertakluk kepada bayaran ekses RM100)

Akibat kemalangan atau penyakit
Perbelanjaan berkaitan perubatan

Nota: Tiada bayaran untuk tuntutan RM100 ke bawah kerana amaun tersebut ditanggung oleh anda.

sehingga RM100,000sehingga RM300,000sehingga RM500,000
Perbelanjaan rawatan susulan

Nota: Tiada bayaran untuk tuntutan RM100 ke bawah kerana amaun tersebut ditanggung oleh anda.

sehingga RM5,000sehingga RM10,000sehingga RM30,000
Perbelanjaan rawatan alternatif

Nota: Tiada bayaran untuk tuntutan RM100 ke bawah kerana amaun tersebut ditanggung oleh anda.

Tidak dilindungiTidak dilindungisehingga RM1,000
Penjagaan ihsansehingga RM5,000sehingga RM5,000sehingga RM5,000
Penjagaan anak, dan penghantaran pulang anaksehingga RM5,000sehingga RM5,000sehingga RM5,000
Pendapatan harian hospital/elaun kemasukan ke hospital

(maksimum 20 hari)

RM150/hariRM250/hariRM350/hari
Kesulitan perjalanan
Pembatalan perjalananTidak dilindungisehingga RM20,000sehingga RM50,000
Pemendekan perjalananTidak dilindungisehingga RM20,000sehingga RM50,000
Kelewatan perjalanan

(sekurang-kurangnya kelewatan 2 jam)

sehingga RM1,000sehingga RM2,000sehingga RM5,000
Kelewatan bagasi

(sekurang-kurangnya kelewatan 6 jam)   • Apabila tiba di luar negara   • Apabila kembali ke Malaysia

RM500 RM100RM800 RM150RM1,000 RM200
Terlepas sambungan perjalanan

(sekurang-kurangnya kelewatan 6 jam)

RM400RM500RM600
Kesulitan akibat rampasan

(RM250 untuk setiap kelewatan 24 jam penuh)

Tidak dilindungisehingga RM500sehingga RM1,000
Kehilangan atau kerosakan barangan peribadi

(tertakluk kepada bayaran ekses RM100)

Bagasi dan/atau barangan peribadisehingga RM1,000sehingga RM3,000sehingga RM5,000
Wang peribadiTidak dilindungisehingga RM500sehingga RM1,000
Dokumen perjalananTidak dilindungiRM1,000RM1,500
Penjagaan rumahsehingga RM1,000sehingga RM1,000sehingga RM1,000
Manfaat liabiliti
Liabiliti peribadisehingga RM200,000sehingga RM1,000,000sehingga RM2,000,000
Manfaat perkhidmatan kecemasanAkibat kemalangan atau penyakit
Pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulangsehingga RM500,000sehingga RM1,000,000sehingga RM1,500,000
Penghantaran pulang dan pengebumian jenazahsehingga RM500,000sehingga RM1,000,000sehingga RM1,500,000

Manfaat pilihan

Aktiviti-aktiviti berbahaya
Perlindungan berkenaan manfaat kematian atau hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan dan perkhidmatan kecemasan.

Nota: Sila rujuk kepada Kontrak Polisi / Sijil Takaful untuk senarai penuh aktiviti-aktiviti berbahaya.

COVID-19
Pembatalan perjalanan akibat COVID-19sehingga RM5,000sehingga RM5,000sehingga RM5,000
Gangguan perjalanan akibat COVID-19sehingga RM5,000sehingga RM5,000sehingga RM5,000
Perbelanjaan perubatan luar negara akibat COVID-19

  • 60 tahun dan ke bawah
  • 61 hingga 70 tahun
  • Warga emas berumur 71 hingga 80 tahun

sehingga RM300,000 sehingga RM150,000 sehingga RM150,000sehingga RM300,000 sehingga RM150,000 sehingga RM150,000sehingga RM300,000 sehingga RM150,000 sehingga RM150,000
Pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang akibat COVID-19

  • 60 tahun dan ke bawah
  • 61 hingga 70 tahun
  • Warga emas berumur 71 hingga 80 tahun

sehingga RM100,000 sehingga RM50,000 sehingga RM50,000sehingga RM100,000 sehingga RM50,000 sehingga RM50,000sehingga RM100,000 sehingga RM50,000 sehingga RM50,000
Penghantaran pulang dan pengebumian jenazah akibat COVID-19

  • 60 tahun dan ke bawah
  • 61 hingga 70 tahun
  • Warga emas berumur 71 hingga 80 tahun

sehingga RM100,000 sehingga RM50,000 sehingga RM50,000sehingga RM100,000 sehingga RM50,000 sehingga RM50,000sehingga RM100,000 sehingga RM50,000 sehingga RM50,000
Penjagaan rumah
Perlindungan berkenaan kerosakan atau kehilangan isi kandungan rumah di dalam rumah anda disebabkan oleh kecurian, kebakaran atau kerosakan disebabkan oleh air atau limpahan airsehingga RM20,000sehingga RM20,000sehingga RM20,000
Manfaat golf
Kehilangan atau kerosakan peralatan golf disebabkan oleh kecuriansehingga RM2,000sehingga RM2,000sehingga RM2,000
Yuran padang golf yang tidak digunakansehingga RM1,000sehingga RM1,000sehingga RM1,000

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Kontrak Polisi atau Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat.

Manfaat Tambahan

Ringkasan manfaat
DomestikAntarabangsa
Penjagaan rumah lanjutanTidak dilindungi

Menyediakan pampasan sehingga RM20,000 bagi kehilangan atau kerosakan pada perabot, peralatan, pakaian dan kelengkapan rumah anda disebabkan oleh kebakaran, kecurian atau kerosakan akibat paip air pecah atau limpahan air

Nota: Nilai tuntutan bagi barangan individu dihadkan pada RM1,000.

Perlindungan golf
  • Pampasan yuran padang golf yang tidak digunakan akibat kemalangan dan/atau penyakit, sehingga RM500
  • Pampasan kehilangan atau kerosakan peralatan golf akibat kecurian, sehingga RM1,000
  • Pampasan yuran padang golf yang tidak digunakan akibat kemalangan dan/atau penyakit, sehingga RM1,000
  • Pampasan kehilangan atau kerosakan peralatan golf akibat kecurian, sehingga RM2,000
COVID-19Tidak dilindungi
  • Pembatalan atau gangguan perjalanan disebabkan COVID-19 sehingga RM5,000
  • Rawatan perubatan di luar negara (sehingga RM300,000)*
  • Pemindahan kecemasan atau repatriasi (sehingga RM100,000)*
  • Pengebumian, pembakaran mayat, atau pemulangan jenazah (sehingga RM100,000)*

* Bagi pengembara berumur 61 – 80 tahun, manfaat adalah 50% daripada had yang dinyatakan.

Aktiviti aktiviti yang mencabar

Kemalangan atau kecederaan semasa aktiviti berlesen seperti:

  • Mendaki tali (Abseiling)
  • Terjun bungee (Bungee jumping)
  • Terjun udara (Sky diving)
  • Geluncur angin (Hang-gliding)
  • Menaiki helikopter untuk aktiviti pelancongan
  • Maraton Ultra (Ultra Marathons)
  • Mendaki gunung sehingga ketinggian 4,500m dari kem induk
  • Pendakian batu yang memerlukan penggunaan tali dan peralatan lain
  • Ski atau luncur salji di kawasan rasmi yang diluluskan oleh resort ski
  • Berkanu dan berkayak yang melibatkan jeram (gred 4 dan ke bawah) dengan pengendali berkelayakan
  • Aktiviti menyelam menggunakan alat pernafasan buatan sehingga kedalaman maksimum tiga puluh (30) meter dengan jurulatih menyelam berkelayakan dan sijil pengiktirafan yang sah

Nota: Perlindungan hanya sah jika aktiviti dijalankan oleh pengendali berlesen.

Kemalangan atau kecederaan semasa aktiviti berlesen seperti:

  • Mendaki tali (Abseiling)
  • Terjun bungee (Bungee jumping)
  • Terjun udara (Sky diving)
  • Geluncur angin (Hang-gliding)
  • Menaiki helikopter untuk aktiviti pelancongan
  • Maraton Ultra (Ultra Marathons)
  • Konvoi/ekspedisi motosikal atau basikal (di luar Malaysia)
  • Mendaki gunung sehingga ketinggian 3,500m dari kem induk
  • Pendakian batu yang memerlukan penggunaan tali dan peralatan lain
  • Ski atau luncur salji di kawasan rasmi yang diluluskan oleh resort ski
  • Berkanu dan berkayak yang melibatkan jeram (gred 4 dan ke bawah) dengan pengendali berkelayakan
  • Aktiviti menyelam menggunakan alat pernafasan buatan sehingga kedalaman maksimum tiga puluh (30) meter dengan jurulatih menyelam berkelayakan dan sijil pengiktirafan yang sah

Nota: Perlindungan hanya sah jika aktiviti dijalankan oleh pengendali berlesen.

Make your claims conveniently with the Etiqa+ app

A. Document required for claim submission

Claim EventsDocument required
Kelewatan penerbangan
  1. Pengesahan bertulis daripada syarikat penerbangan atau ejen mengenai tempoh kelewatan/penjadualan semula.
  2. Jadual perjalanan asal.
  3. Jadual perjalanan baharu/terkini.
  4. Salinan pas masuk (boarding pass).

Nota: Tuntutan kelewatan penerbangan hanya terpakai bagi kelewatan 2 jam atau lebih.

Kehilangan/Kerosakan barangan

Kerosakan Bagasi

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Gambar yang menunjukkan kerosakan bagasi.

Kehilangan Bagasi

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan property irregularity report (PIR) yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.
  3. Salinan laporan polis / laporan pihak berkuasa berkaitan.

Kerosakan Barangan Peribadi

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan laporan polis / laporan pihak berkuasa berkaitan.
  3. Gambar yang menunjukkan kerosakan bagasi dan/atau barangan.

Kehilangan Barangan Peribadi

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan laporan polis / laporan pihak berkuasa berkaitan.

Kehilangan Wang Peribadi

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan laporan polis luar negara / laporan pihak berkuasa berkaitan.
  3. Salinan resit pengurup wang.

Kehilangan Dokumen Perjalanan

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan laporan polis luar negara / laporan pihak berkuasa berkaitan.
Kelewatan bagasi
  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan property irregularity report (PIR) yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.
  3. Salinan laporan polis (bagi kes kecurian)/laporan pihak berkuasa berkaitan.
Perbelanjaan perubatan
  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Salinan laporan perubatan / laporan doktor / penilaian perubatan.
  3. Resit perubatan.
  4. Salinan bil/invois hospital terperinci.
Terlepas sambungan penerbangan
  1. Jadual perjalanan asal.
  2. Jadual perjalanan baharu/terkini.
  3. Salinan pas masuk lama/baharu.
Pembatalan perjalanan
  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Pengesahan bertulis yang menyatakan sebab pembatalan (mana-mana berikut):
    • Laporan cuaca / notis pembatalan daripada syarikat penerbangan akibat cuaca buruk.
    • Sijil perubatan / invois pembatalan.
    • Salinan sijil kematian.
    • Laporan perubatan yang diperakui / surat daripada pengamal perubatan.
  3. Pengesahan bayaran balik tiket penerbangan oleh syarikat penerbangan, hotel dan sebarang tempahan awal.
Berkaitan COVID-19

Pembatalan Perjalanan

  1. Jadual perjalanan penuh / pas masuk.
  2. Keputusan ujian Covid (PCR atau RTK).
  3. Sijil vaksinasi.
  4. Sebarang perbelanjaan pembatalan yang tidak dipulangkan (hotel/tiket penerbangan/pengangkutan prabayar).
Penjagaan rumah lanjutan
  1. Jadual perjalanan / pas masuk.
  2. Laporan polis (jika disebabkan kecurian pecah masuk).
  3. Laporan bomba (jika disebabkan kebakaran).
  4. Senarai kerugian atau kandungan rumah yang terjejas/rosak.
  5. Dokumen berkaitan kehilangan atau kerosakan kandungan rumah.
Aktiviti-aktiviti yang mencabar

Untuk manfaat kemalangan diri

  1. Jadual perjalanan / pas masuk.
  2. Dokumen berkaitan aktiviti.
  3. Laporan perubatan.
  4. Sijil kematian (bagi tuntutan manfaat kematian).
  5. Surat pengesahan daripada doktor (bagi tuntutan hilang upaya kekal).

Untuk manfaat perbelanjaan perubatan

  1. Jadual perjalanan / pas masuk.
  2. Laporan perubatan, bil perubatan dan ringkasan discaj.
  3. Bukti bayaran kepada hospital.
  4. Dokumen berkaitan aktiviti.

Untuk Manfaat Perkhidmatan Kecemasan

  1. Jadual perjalanan / pas masuk.
  2. Laporan perubatan dan ringkasan discaj.
  3. Bukti bayaran kepada penyedia perkhidmatan.
  4. Dokumen berkaitan aktiviti.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Kontrak Polisi atau Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat.

B. Cara untuk membuat dan menjejak tuntutan anda

Step 1

Muat turun dan log masuk ke aplikasi Etiqa+ anda.

Step 2

Pergi ke "Claim"

Step 3

Pilih "Travel Claim"

Step 4

Sila isi semua butiran dan muat naik dokumen yang diperlukan

Step 5

Serahkan tuntutan anda dan semak kemas kini anda dalam Etiqa+.

Untuk semakan status tuntuan, klik di sini.

An all-in-one Insurance and Takaful app with Fast & Easy solutions at your fingertips:

  • Manage Your Policy / Certificate
  • Submit / Track Claims
  • 24/7 Roadside Assistance
  • Get Guarantee Letter (GL)
  • Get Cashback For Driving Less
  • And more

Download our app now!

Soalan Lazim

PIDM Logo

Customer Care (Mon-Fri, 9am-5pm)

1300-13-8888

24/7 Roadside Assistance

1800-88-6491

Guarantee Letter (GL) Request

1800-88-9998

24/7 Overseas Emergency Travel Assistance

+603-2785-6565

Claims Careline

1300-88-1007