Insurans Kereta Komprehensif

Perlindungan lengkap untuk setiap perjalanan anda
Daripada retakan cermin depan hingga tayar pancit atau banjir kilat, kami sedia melindungi anda.
Perkara seperti ini berlaku lebih kerap daripada yang kita jangkakan.
Insurans Kereta Komprehensif membantu menampung kos kewangan apabila perkara tidak dijangka berlaku, supaya anda boleh memandu dengan ketenangan fikiran.
Kenapa Etiqa jadi pilihan?
Bayaran ansuran bulanan dengan 0% tanpa caj tambahan
Dapatkan perlindungan segera dengan bayaran bulanan mudah — hanya RM500 sebulan sehingga 12 bulan melalui Kad Kredit Maybank
Daftar sekarangBantuan 24/7 di tepi jalan bila anda perlukan
Hubungi pasukan Etiqa Auto Assist Care melalui aplikasi Etiqa+ , dan bantuan akan tiba—pada bila-bila masa, 24/7. Perkhidmatan tunda percuma kami akan membawa kenderaan anda ke bengkel pilihan anda, sehingga 200km dari lokasi kejadian.
Dapatkan bantuan tunda sekarangEtiqa Cashback apabila Kurang Memandu
Nikmati pulangan wang tunai sehingga 30% daripada jumlah yang anda bayar untuk jarak pemanduan yang rendah.
Ketahui lebih lanjutPerlindungan fleksibel
Pilih perlindungan tambahan yang sesuai dengan cara pemanduan dan bajet anda.
Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat tambahanDiskaun 10% untuk Pembaharuan Dalam Talian
Nikmati diskaun 10% apabila anda memperbaharui polisi secara dalam talian
Daftar sekarangApakah perlindungan tersedia untuk Insurans Kereta Anda
Kerosakan kenderaan
Kami uruskan kos pembaikan kereta anda jika berlaku kemalangan atau kebakaran.
Kecurian
Kami membayar pampasan mengikut pelan polisi sekiranya kereta anda dicuri.
Kerugian atau kecederaan pihak lain
Kami lindungi anda daripada kos kerugian atau kecederaan pihak lain sekiranya berlaku kemalangan.
Perkhidmat tunda secara percuma
Kami bantu tunda kereta anda ke bengkel panel secara percuma sekiranya berlaku kemalangan.
Bantuan tuntutan
Kami akan membantu anda sepanjang proses pembaikan bagi memastikan segalanya proses tuntutan berjalan lancar.
Apa yang tidak dilindungi
Penting untuk anda tahu apa yang tidak dilindungi.
Kerosakan biasa akibat penggunaan harian
Kos alat ganti yang haus atau berkarat kerana faktor usia kereta dan servis penyelenggaraan biasa.
Kerosakan bukan akibat kemalangan
Kos membaiki bagi kerosakan disebabkan oleh masalah mekanikal atau elektrik.
Penggunaan kereta untuk tujuan pendapatan
Ini termasuk e-hailing, penghantaran barang, atau kereta sewa kecuali anda mengambil perlindungan tambahan.
Barangan peribadi di dalam kereta
Telefon bimbit, komputer riba, beg dan lain-lain.
Kecederaan badan pemandu dan penumpang
Penumpang anda boleh dilindungi dengan memilih perlindungan tambahan.
Kerosakan tayar sahaja
Hanya bahagian tayar kereta yang rosak.
Aksesori kereta
Aksesori kereta yang tidak diisytiharkan kepada Etiqa.
Pemanduan di luar negara
Perlindungan ini terhad kepada pemanduan di Malaysia, Singapura, dan Brunei sahaja, melainkan anda mendapatkan pelan tambahan berasingan.
Pilihan untuk manfaat tambahan
Perlindungan manfaat tambahan pilihan tersedia untuk situasi tertentu.
Pilihan tambahan untuk situasi luar jangkaan
- Banjir dan cuaca melampau
Kami lindungi kereta anda daripada kerosakan akibat ribut, hujan lebat, atau banjir kilat.
- Rusuhan dan mogok
Kami bantu tanggung kos pembaikan sekiranya kereta anda rosak akibat rusuhan atau kekecohan awam.

Bantuan saat anda amat memerlukannya
Pasukan kami sedia membantu dan membimbing anda tentang langkah seterusnya.
Bantuan tepi Jalan, pada bila-bila masa apabila diperlukan
Hubungi orang tersayang serta merta
Sekiranya berlaku kemalangan, kami membantu menghubungi keluarga anda secepat mungkin, supaya anda tidak bersendirian dalam waktu sukar.
Bantuan perubatan semasa kecemasan
Sekiranya anda mengalami kecederaan, kami menguruskan bantuan perubatan dengan segera agar anda mendapat rawatan secepat mungkin.
Pembaikan cermin depan di lokasi
Jika cermin kereta anda retak, berhenti di tepi jalan dengan selamat dan hubungi kami melalui Etiqa+. Kami akan menghantar juruteknik untuk membaiki cermin anda terus di lokasi.
Tip: Tambah perlindungan cermin depan untuk mengelakkan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda terjejas.
Kereta ganti percuma
Kami menyediakan kereta ganti sehingga 14 hari semasa kereta anda dibaiki. Servis ini hanya tersedia untuk pengambilan sendiri di Lembah Klang sahaja.
Perlindungan tambahan mana yang sesuai untuk anda?
Setiap pemandu mempunyai keperluan yang berbeza.

Pemandu di kota
Sesuai buat anda yang sering mengharungi kesesakan dalam trafik yang padat.
Pilihan perlindungan tambahan buat anda:
- Cermin Kereta
- Bantuan Tunai

Pemandu berkeluarga
Sesuai buat anda yang sentiasa memandu bersama-sama keluarga tersayang
Pilihan perlindungan tambahan buat anda:
- Perlindungan Kemalangan Peribadi (OT0360)
- Perlindungan Kerusi Keselamatan Anak

Pemilik Kereta Baharu
Sesuai buat anda yang mahukan perlindungan lengkap untuk mengekalkan keadaan kereta seperti baharu.
Pilihan perlindungan tambahan buat anda:
- Cermin Kereta
- Kemasan cat baharu
- Perlindungan Kos Ganti Baharu

Pencinta Kereta
Sesuai buat anda yang mementingkan penjagaan rapi agar kereta kesayangan sentiasa dalam keadaan terbaik
Pilihan perlindungan tambahan buat anda:
- Cermin Kereta
- Kemasan Cat Baharu
- Perlindungan Kos Ganti Baharu

Pemandu di kawasan berisiko banjir
Sesuai buat anda yang tinggal di kawasan mudah banjir dan cuaca buruk.
Pilihan perlindungan tambahan buat anda:
- Perlindungan Banjir & Cuaca Buruk
- Bantuan Tunai
Bila perkara luar jangka berlaku
Kami sedia membimbing anda, langkah demi langkah, jika berlaku perkara yang tidak dirancang.

Kami sedia membantu anda, sama ada ketika berdepan kerosakan kenderaan mahupun kemalangan.
- Bertenang dan berhenti di tepi jalan.
- Buka aplikasi Etiqa+ dan maklumkan Etiqa Auto Assist untuk bantuan serta merta.
- Bantuan dalam perjalanan. Kami sedia membantu dengan khidmat tunda, penghantaran petrol, penukaran tayar, atau 'jump-start' bateri.

Jika kereta anda rosak akibat cuaca ekstrem atau banjir kilat:
- Utamakan keselamatan diri dan letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat.
- Apabila keadaan reda, ambil gambar atau video ringkas kerosakan tersebut untuk memudahkan urusan tuntutan anda nanti.

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan
- Pastikan diri anda dan penumpang lain selamat.
- Jika boleh, alihkan kereta anda ke tempat yang lebih selamat.
- Ambil gambar atau rakam video kerosakan dan kawasan kejadian.
- Simpan rakaman kamera dashcam (jika ada) sebagai rujukan.
- Dapatkan maklumat ringkas dengan pemandu lain yang terlibat.
- Gunakan aplikasi Etiqa+ untuk laporan pantas. Pasukan kami akan segera membantu anda.
Cara mudah membuat tuntutan
Urusan tuntutan kini lebih mudah

Step 1
Kumpulkan butiran penting
Ambil gambar kerosakan sebagai bukti. Catat lokasi, masa, serta maklumat pihak lain yang terlibat.

Step 2
Buat laporan polis (jika perlu)
Biasanya diperlukan bagi kes kemalangan, kecurian, atau kerosakan serius. Pastikan laporan dibuat dalam tempoh 24 jam.

Step 3
Hubungi kami
Gunakan aplikasi Etiqa+ untuk berhubung dengan kami. Kami akan membimbing anda tentang langkah seterusnya dan dokumen yang diperlukan.

Step 4
Hantar ke bengkel panel
Jika kerosakan terlalu teruk untuk dipandu, kami akan mengaturkan perkhidmatan tunda percuma.

Step 5
Kami membantu anda sehingga selesai sepenuhnya
Setelah tuntutan dihantar, anda boleh menyemak status pembaikan kenderaan anda pada bila-bila masa melalui aplikasi Etiqa+.
Bilakah anda boleh mendaftar/memperbaharui pelan insurans?
Anda boleh mendaftar atau perbaharui perlindungan kereta seawal 2 bulan sebelum sijil tamat, atau pada bila-bila masa sebelum anda mula memandu.
Soalan Lazim Mengenai Insurans Kereta Peribadi
Download Documents
Kami sentiasa ada bila anda perlukan
Jika anda perlukan bantuan, kami sedia 24/7, pada bila-bila masa.
Bantuan Tepi Jalan 24/7
1800-88-6491Talian Tuntutan
1 300-88-1007Muat turun aplikasi Etiqa+
Muat turun sekarang
