Prinsip 4 | Proses Penyelesaian Tuntutan Adil, Telus Dan Tepat

 
Kami akan menetapkan tempoh yang jelas untuk proses penyelesaian tuntutan dan berusaha untuk menyelesaikan tuntutan dalam jangka masa yang ditetapkan ini, dengan cara yang telus.
 
  1. Kami akan memaklumkan kepada anda anggaran masa yang diambil untuk proses penyelesaian tuntutan dan piawaian perkhidmatan yang boleh dijangkakan menerusi pelbagai saluran (seperti cawangan / pusat panggilan / laman web / emel).
  2. Kami akan memaklumkan kepada anda perakuan penerimaan tuntutan anda dalam 7 hari kerja dari tarikh penerimaan tuntutan.
  3. Kami akan memastikan ejen kami menyerahkan semua tuntutan yang dibuat menerusi mereka kepada kami dalam masa 3 hari kerja, kecuali tuntutan berkaitan jenayah yang perlu dimaklumkan dalam masa 24 jam dari masa kerugian.
  4. Jika dokumentasi/maklumat tidak lengkap, kami akan memberitahu anda dalam 14 hari kerja dari tarikh perakuan penerimaan tuntutan.
  5. Kami akan memberitahu anda tentang prosedur tuntutan yang penting termasuk pelantikan penaksir, penilaian tuntutan dan sebagainya, dan juga masa yang ditetapkan.
  6. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah keputusan dimuktamatkan.
Kami akan memaklumkan kepada anda langkah seterusnya yang boleh diambil jika anda tidak berpuas hati dengan penyelesaian atau penolakan tuntutan.
 
  1. Kami akan memberitahu anda tentang saluran yang disediakan kepada anda untuk membuat rayuan terhadap sesuatu keputusan atau untuk anda mengemukakan pertikaian (iaitu cawangan / pusat panggilan / laman web / emel).
     
  2. Jika sebarang tuntutan tidak diluluskan atau jumlahnya tidak sama dengan yang anda tuntut, kami akan menasihatkan anda supaya merujuk kepada prosedur untuk membuat rayuan menerusi Skim Ombudsman Kewangan bagi kes dalam bidang kuasa mereka. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.
EtiqaQR