null

Bantuan Covid-19

Bantuan Covid-19

Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) membawa kesan yang besar di seluruh dunia. Sejak bermulanya wabak ini, Etiqa aktif membantu negara kita dalam memerangi Covid-19 menerusi pelbagai sumbangan dan inisiatif.

Sumbangan dan Inisiatif

  • RM1 juta untuk pembelian alat bantuan pernafasan melalui Mercy Malaysia bagi membantu mengatasi masalah kekurangan yang dihadapi oleh hospital-hospital yang ditugaskan untuk menangani kes Covid-19 di seluruh negara.
  • RM1 juta kepada Tabung Covid-19 Mercy Malaysia untuk menyokong rancangan kesediaan dan tindak balas strategik terhadap virus Covid-19.
  • RM10 juta untuk lebih daripada 68,000 unit alat ujian Covid-19 kepada hospital kerajaan.
  • RM891,000 untuk pembelian 2.7 juta unit picagari LVD untuk KKM bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
  • RM84,000 untuk pembelian 300 unit Meter Aliran Oksigen bagi menyokong Hospital Sungai Buloh sebagai hospital utama dalam mengendalikan wabak COVID-19.
  • RM1.4 juta melalui program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa untuk asnaf yang terjejas di seluruh Malaysia dengan kerjasama pertubuhan kerajaan dan juga NGO.
  • RM50,000 untuk menyediakan Etiqa Cares Corner di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC)  MAEPS Serdang. Kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin boleh menggunakan ruang selamat ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti membaca, melukis, dan lain-lain. 
  • RM90,000 untuk sumbangan barang keperluan kepada 600 buah keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di enam lokasi di sekitar Lembah Klang.
  • RM944,160 untuk sumbangan peralatan perubatan kepada Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang bagi membantu memerangi pandemik Covid-19. Peralatan perubatan yang disumbangkan membabitkan 10 unit katil untuk resusitasi, 20 unit katil mudah alih, 300 unit meter aliran oksigen berkembar, 6 unit 'vital sign monitors', dan 40 unit pam picagari dengan sistem 'docking'.

Need Help?

If you know of individuals, families, or communities who are in need, please share your contact details and a description of their plight via email to zuriani.r@etiqa.com.my or fida.i@etiqa.com.my

EtiqaQR