null

Kesihatan

Saringan Serviks Percuma

Etiqa dengan kerjasama ROSE Foundation telah menawarkan penyelesaian inovatif yang dapat mengesan virus penyebab kanser serviks HPV dalam kalangan wanita. Wanita yang dijangkiti virus dan kemudiannya didapati mempunyai lesi pra-kanser akan dapat dirawat sebelum ianya menjadi kanser serviks.

Pada tahun 2021, Etiqa telah menawarkan saringan serviks secara percuma kepada 6,000 orang wanita daripada komuniti yang kurang berkemampuan.

Sehingga kini, Etiqa telah membantu seramai 7,500 orang wanita di seluruh Malaysia, termasuk kakitangan barisan hadapan seperti polis wanita dan pegawai tentera, untuk menerima saringan serviks secara percuma.

Saringan Mamogram Percuma

Etiqa telah bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) sejak tahun 2017 untuk menawarkan perkhidmatan mamogram percuma kepada wanita kurang berkemampuan yang berusia 40 tahun ke atas untuk menjalani saringan kanser payudara.

Pada tahun 2021, Etiqa dan NCSM akan meneruskan fasa keempat kerjasama mereka untuk menawarkan saringan percuma kepada 6,000 orang wanita di Semenanjung Malaysia.

Sejak 2017, seramai 17,000 wanita telah menjalani saringan, dan sekumpulan kecil daripada mereka yang dikesan menghidapi kanser payudara telah dirujuk kepada pakar onkologi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Video: Mammogram Percuma

https://youtube.com/embed/5D6f6HGG0Ro

Perlukan Bantuan?

Jika anda mengenali mana-mana individu, keluarga, atau komuniti yang memerlukan bantuan, sila e-mel nombor telefon anda beserta penjelasan ringkas berkenaan keadaan mereka kepada zuriani.r@etiqa.com.my atau fidai.i@etiqa.com.my

%>
EtiqaQR