Insurans Pandu Kurang Lebih Jimat

Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, ramai antara kita yang mengalami sekatan pergerakan dan jarang memandu. Etiqa memahami masalah kewangan anda dan ingin menawarkan pembayaran balik tunai untuk pengurangan kekerapan perjalanan anda. Semakin kurang anda memandu, lebih banyak penjimatan anda! Pilih perlindungan tambahan Insurans Pandu Kurang Lebih Jimat sekarang secara percuma apabila anda memperbaharui pelan Insurans Motor Etiqa.

Bagaimana Caranya?

Aktifkan manfaat anda
Setelah anda mendaftar untuk pelan Insurans Motor Etiqa dengan manfaat tambahan Pandu Kurang Lebih Jimat, muat naik gambar bacaan odometer dan plat nombor kereta anda melalui Aplikasi Etiqa Smile. Anda boleh memuat naik pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.
Tuntut rebat anda

Anda perlu memuat naik bacaan odometer kereta anda secara berterusan sepanjang tempoh perlindungan untuk menuntut rebat anda. Anda boleh memuat naik bacaan odometer sekerap yang anda ingin, tertakluk pada minimum 10 hari antara setiap muat naik.

Muat naik bacaan akhir

Setelah tamat pelan Insurans Motor anda, penyerahan akhir bacaan odometer kereta anda diperlukan. Anda akan diberitahu melalui peringatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 3 hari sebelum tarikh tamat.

Dapatkan rebat tunai sehingga 30% setahun apabila anda menambah manfaat Pandu Kurang Lebih Jimat.
 
Pengiraan rebat tunai adalah berdasarkan pengiraan harian iaitu peratusan daripada premium asas (selepas Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) ditolak) berdasarkan Jadual Rebat di bawah: 
 
Tahap Jarak Kilometer Sehari % REBAT Harian % Jumlah REBAT Dalam Setahun
1 0 - 14km 0.082% 30%
2 15 - 28km 0.055% 20%
3 29 - 42km 0.027% 10%

Nota: Pecahan jarak pemanduan akan dibundarkan kepada kilometer yang seterusnya. Jika jarak kilometer tahunan anda melebihi 15,000KM, anda tidak akan layak mendapat rebat tunai.

Kelayakan

Umur Orang yang Diinsuranskan 25 – 80 tahun
Usia Kenderaan 0 – 20 tahun
Jumlah yang Diinsuranskan RM12,000 dan ke atas
 Kategori Untuk kegunaan peribadi sahaja
 

Nikmati lebih penjimatan apabila anda kurang memandu.

Ketahui bagaimana Insurans Pandu Kurang Lebih Jimat berfungsi:

Soalan Lazim

Apakah manfaat Pandu Kurang Lebih Jimat?

Terdapat pengurangan aktiviti memandu disebabkan oleh pandemik Covid-19 apabila semakin ramai yang bekerja dari rumah. Etiqa memahami cabaran ekonomi yang dihadapi semua dan ingin memberikan bantuan kepada mereka yang kurang memandu dengan manfaat tambahan baru kami. Nikmati rebat tunai sehingga 30% daripada premium asas (selepas Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) ditolak) apabila anda mendaftar untuk pelan menyeluruh Insurans Motor Etiqa dengan manfaat tambahan Pandu Kurang Lebih Jimat.

Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar manfaat Pandu Kurang Lebih Jimat?

Anda hanya boleh menambah manfaat ini apabila anda mendaftar pelan Insurans Motor Etiqa.

Adakah premium tambahan akan dikenakan untuk manfaat tambahan Pandu Kurang Lebih Jimat?

Tiada tambahan premium, ianya adalah percuma.

Saya tidak menambah manfaat Pandu Kurang Lebih Jimat sewaktu mendaftar untuk Insurans Motor saya. Bolehkah saya mendaftar sekarang?

Tidak, anda hanya boleh menambah manfaat Pandu Kurang Lebih Jimat semasa pendaftaran atau pembaharuan Insurans Motor anda sahaja.

Adakah saya masih layak untuk mendapatkan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dengan manfaat tambahan Pandu Kurang Lebih Jimat?

Ya, anda masih layak untuk menerima NCD Insurans kereta anda. Rebat tunai Pandu Kurang Lebih Jimat dikira sebagai peratusan daripada premium anda, setelah ditolak NCD tahunan (jika ada).

Klik untuk muat turun Soalan Lazım lengkap di sini

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa General Insurance Berhad (197001000276)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR